~~JaNJi~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, June 26, 2011 |
0Comment
 ' you know nothing about life.. its all about fate and sometimes luck..only God know how your life end... good turn bad.. bad turn good... all the way good... all the way bad... all the way happy.. all the way sad... we only have hope.. effort..pray..and resignation.
manusia berusaha.. merancang.. Maha Kuasa yang tentukannya...
"Kun Faya Kun" '

Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini
Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni




Jujur.. seringku dambakan hadirmu.. Sering kali aku dikecewakan dalam hadirmu.. Aku senang denganmu.. sudah sebati dalam jiwaku...Namun apa yang pasti kini... Benarlah kata mereka.. tiada insan yang sejujur-jujurnya .. Pasti ada yang diselindungkannya...

Bagiku dalam setiap perhubungan, jujur  itu amat penting.. biarpun pahit untuk ditelan.. Aku bertemu dengan insan yang jujur..  namun.. insan seperti ini telah dimiliki dan memiliki... walau ada yang menghulur tangan.. maaf.. kerana aku bukan perampas.. tidak tergamak diriku.. aku sering kali mengharapkan kejujuran insan tersayang.. namun aku tewas.. seringkali aku dilukai..

Namun aku seperti tidak pernah serik... aku tetap dengan diriku.. jujur dan polos... Tidak pernah aku bisa untuk mengubah kejujuran yang telah sebati dalam nuraniku.. naluriku pula sering berkata setiap insan yang hadir itu jujur...

Ku biarkan semuanya berlalu... aku masih mengharapkan keajaiban berlaku... hatiku seolah telah mangli dengan segalanya... padaku.. Allah maha mengetahui.. Andai aku jujur.. pasti  jujur balasan untukku.. walau tidak kini.. pasti suatu hari nanti... satu masa nanti... aku redha dengan ketentuan Ilahi...

Ikhlas.. seringkali ku harapkan hadirmu... menerima diri ini seadanya nya.. kerana aku wanita biasa.. yang seringkali luka kerana cinta.. Ikhlas membawaku ke alam bahagia... melayar bahtera yang penuh onak dan duri ini.. Ikhlaskah dirimu kekasih.. menyintai  diriku ini.. atau kau sama seperti yang lain... hanya menambah luka dihati... Ikhlaskah kau kekasih... menerima keluargaku... menjaga aku dan keluargaku... seperti mana aku ikhlas terhadapmu.. aku tetap percaya pada ketentuan Tuhan... Jiwaku.. naluriku seringkali berkata... andai aku ikhlas.. pasti kau jua ikhlas...

Kekasih... apakah bukti jujur dan ikhlasmu... dalam kelam malam... dibantu sinar rembulan... dalam terang mentari... aku mencari-cari jujur dan ikhlas mu hai sang kekasih... lalu ku berpegang pada janji-janjimu... aku menunggu hadirnya hari bahagia.. yang telah kau janjikan... Tiada apa yang dapat aku hadiahkan padamu hai kekasih... Tiada harta.. tiada rupa.. hanya sekeping hati.. hanya minda dan akal yang waras... Yang aku punya hanya jujur.. ikhlas.. setia.. janji.. Dan kau bimbinglah aku wahai kekasih... jangan biarkan aku hanyut dalam arus dunia.. jangan biar aku mungkiri  janjiku padamu... janjiku pada Ilahi... janji kita berdua...

~~BuLaN~~ tingkahlakumu membuktikan semuanya~~
~~terima kasih atas segalanya~~

~~TuLuS CinTa SuCi~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, June 18, 2011 |
1Comment
"cinta yang dicari akan pergi.. cinta yang dikejar semakin menjauh... cinta yang dipikat akan datang sendiri... namun aku telah tewas pada semuanya.. lalu aku biarkan cinta itu datang sendiri padaku... tanpa aku berbuat apa-apa... tangan yang dihulur aku sambut dengan ikhlas dan redha... semoga bahagia milikku..."

Aku insan biasa… yang punya rasa cinta.. yang pernah dikecewa oleh cinta… andai aku dapat undurkan masa.. akan aku bina bahagia… namun mana bisa masa lalu aku kembalikan.. yang hancur akan tetap hancur.. yang tinggal sisa.. yang kadang kala menjadi duri dalam daging…namun kehancuran lalu akan tetap membina yang baru

Kehidupanku penuh ketakutan.. aku takut untuk membina cinta.. aku takut meluah rasa cinta.. takut tangan yang ku hulur tidak bersambut… takut aku kecundang lagi dalam membina mahligai bahagia. Aku hanya punya ketabahan untuk meneruskan perjuanganku dan kehidupanku.

Jauh di sudut hatiku .. aku menyimpan cita-cita.. aku ingin punya cinta yang mekar dijiwa.. yang mewarnai pelangi hidupku.. melakar bahagia hari tuaku… aku mendambakan cinta yang tulus suci.. cinta hingga hujung nyawa.. namun cintaku ini bukan sekadar cinta biasa… aku memerlukan sesuatu yang luar biasa… kasih sayang yang amat mendalam.. agar kelukaan… kedukaan… kekecewaan… aku pulih sepenuhnya.. agar aku dapat melayari bahteraku dengan aman dan damai.

Dan.. saat aku jatuh itu.. saat aku dalam kelukaan yang mendalam…  kau hadir menghulurkan tangan.. meminta agar aku yakin bahawa kau akan datang menjemputku…membawa aku ke alam bahagia. Kau janjikan seribu keindahan buatku. Kau janjikan cinta yang tidak berbelah bagi buatku. Kau terima diriku seadanya.

Saat pertama kali aku melihat dirimu… aku merasakan sesuatu yang berbeza… aku merasakan ketinggian budimu.. keperibadianmu.. dan keikhlasan hatimu.. aku merasakan dalam diriku ada dirimu.. aku melihat dalam dirimu ada aku…aku amat berharap.. apa yang aku rasakan itu adalah dirimu yang sebenar… tiada kepura-puraan.. penuh dengan kejujuran dan keikhlasan… dan aku tidak salah dalam membuat telahan dan  keputusan.

Lalu ku sambut tanganmu.. aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi.. aku tidak mahu memikirkan tentang mencari cinta lagi… aku terima segala yang datang…  cukup aku merasakan bahawa ini yang terbaik buatku.. walau sungguh aku tidak menyangka… ungkapan cintamu itu … tidak menyangka yang kau akan melafazkan cintamu padaku. Kasih sayangmu… sikap ambil beratmu.. membuktikan kesungguhanmu.. tidak ku temu kekurangan cintamu… apa yang kau curahkan padaku.. itulah yang aku mahu.. itulah yang aku cari selama ini.

Berjalan seiringan denganmu.. banyak benar persamaan antara kita… banyak benar kebetulan antara kita.. namun bukan itu yang kita cari.. bukan itu yang kita mahu… mahuku mahumu adalah sama… aku dan kamu.. mencari cinta tulus suci.. mencari kebahagian hingga hujung nyawa… mahu cinta tulus suci tersemat dalam jiwa.. mahu bahagia hingga akhirnya… melupakan kehancuran masa silam… membina mahligai bahagia selamanya.. moga impian ini jadi kenyataan dan mendapat restu Yang Esa.

Kekasih
Kau laksana AWAN buatku
Mengekori setiap langkahku
Sentiasa ada
Saat aku memerlukanmu
Melindungi aku
Saat aku dipanah perit mentari
Menurunkan  hujan
Saat aku kehausan
Kau beri aku kedamaian



~~BuLaN~~”Ku berharap.. tulus cinta ini akan jadi kenyataan dalam hidupku.. 
bukan hanya mimpi dalam tidurku.. semoga tuhan mendengar doaku.. untuk cinta ini”

~~TeRiMa KaSiH CinTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, June 18, 2011 |
0Comment
ku labuhkan cinta
pada yang sudi
ku berikan jiwa 
pada sang kekasih
ku serah raga
pada yang menyinta

 tidak pernah ku menyangka
akan lahir lafaz cinta darinya
aku kan bercinta dengannya
kerana antara kami berdua
tidak pernah bercerita
tentang kisah-kisah cinta

sinar bahagia kian memancar
hanya satu pintanya
buat dia bahagia
lupakan kisah lama
yang mengguris hati
jangan lagi menitiskan airmata

lalu ku cuba lupakan kisah lalu
walau sukar ku teruskan jua
demi sebuah janji
menggapai bahagia
demi cinta yang baru tercipta
atas titisan airmata

ku redhakan semua
ku biarkan berlalu
ku lakarkan rinduku
hanya padanya
yang mencipta pelangi
mewarnai seluruh hidupku
terima kasih cinta


~~BuLaN~~ Terima Kasih CinTa~~

~~MeLaKaR RinDu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, June 18, 2011 |
0Comment
"mencipta bahagia tidak mudah... memusnahkannya hanya sekelip mata"


Ku tautkan rindu
merantai nalurimu
sungguh aku tak mampu
menggenggam hatimu
kerana sudah tersurat
itulah takdirnya


segala yang kita cipta
terlerai sudah
hanya aku yang menanti
sedang engkau telah bahagia
disamping si dia
yang kau cinta


lalu ku lakarkan rindu
hanya padamu
selagi cinta masih didada
selagi ingatan tertuju padamu
sehingga aku bisa melupakanmu
sehingga aku rela melepaskan 
kepergianmu





~~BuLaN~~ aKhiRnYa .. kau ketemu cintamu.. Alhamdulillah...

~~MoNoLoG MeReNunG BuLaN~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, June 01, 2011 |
0Comment
Di kejauhan malam
Ku lihat bulan yang terang
Namun bercahaya suram
Sesuram hatiku
Yang dilanda kesedihan
Di dalam pekat malam
Ku lihat bulan indah dipandang
Hingga tidak ku sedari
Wujud lurah-lurah yang dalam
Umpama hatiku ini
Yang penuh kelukaan

Wahai bulan
Indahnya dirimu dipandang
Dalam kepekatan malam
Sedangkan engkau
Mengharap sinar mentari
Untuk tampak cantik seperti ini
Andai mentari tidak bersinar lagi
Hilang segala kejelitaanmu
Umpama diriku
Yang hilang keserian wajah
Saat aku kehilangan cinta sang kekasih

Wahai bulan
Engkau adalah aku
Dan aku adalah dirimu
Dalam dingin malam kita jadi satu
Namun kau tetap berseri dalam suram malam
Sering dipuja pungguk yang merindumu
Sedang aku terus malap
Tercari-cari cahaya cinta
Hati merintih jiwaku pilu
Bila kekasih meninggalkan aku
Apa salah dan dosaku

Wahai bulan
Dia pernah berkata
Usia bukan penghalang
Keserasian paling utama
Harta bukan ukuran
Semuanya boleh diusahakan
Dia pernah berjanji
Ingin lihat aku ketawa
Mahu buat aku bahagia
Takkan tinggalkan aku sendiri
Selagi hayat ada dalam diri

Tapi bulan
Kini aku sendiri
Setelah cinta aku serah
Setelah tanganku digenggam erat
Pintanya cukup sampai disini
Biar hanya sebagai teman sejati
Terasa diri dikhianati
Terasa hati dilukai
Kenapa harus begini
Terkilan aku tidak terkata
Lukaku parah di dalam dada

Sampaikan padanya bulan
Bagaimana harus aku harungi hidup ini
Dengan segala kelukaan di hati
Kerna aku tak pandai untuk berpura-pura
Bagai tiada apa-apa
Sedang gelora membakar jiwa
Kerana segalanya telah memakan diri
Katakan padanya bulan
Titipkan doa setiap hari
Agar aku bisa memaafkan
Dan tiada dendam di dalam hati








Gratisan Musik

~~BuLaN~~ LoVe MooN~~
Powered By Blogger