~~HaRga SeBuaH PerHuBunGan~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 27, 2011 |
2Comment
‘Life Is Like Ice.. So, Enjoy It Before Its Melt….’ Menikmati sebuah kehidupan adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang mudah, manis, pedih dan perit. Laluan kehidupan setiap orang tidak sama. Inilah yang dikatakan takdir. Perjalanan dan pengalaman hidup seringkali mematangkan kita. Namun, ada juga yang tak memahaminya. Apa pun kita harus bersyukur dan redha dengan ketentuan ilahi.

Sejenak aku terfikir tentang keegoan. Ego seorang lelaki dan ego seorang wanita. Lelaki mengatakan wanita ego. Wanita pula mengatakan lelaki ego. Hakikatnya sama sahaja. Lelaki mahupun wanita, kedua-duanya ego. Ada egonya masing-masing. Antara sedar atau tidak aku jua punya egoku. Cuma kita hanya perlu sedar bila masa kita harus berasa gah dengan ego kita dan bila masa pula kita harus menjadi manusia yang rendah hatinya. Bagiku, kita hidup di muka bumi ini kita perlu ‘be humble’. Inilah yang sebaiknya untuk diri kita. Agar kita sedar bahawa dalam hidup ini kita tidak perlu terlalu ego. Ada ketika dan waktunya, keegoan itu perlu. Adakalanya tidak perlu terutamanya dalam sebuah perhubungan.

Mengimbau kembali sebuah perhubungan lalu, aku ditemukan dengan insan yang tinggi egonya. Dia mengatakan aku ego. Aku pula mengatakan dia ego. Pada awal perhubungan aku tidak boleh terima tuduhan tersebut. Namun aku tidak cepat melenting. Bila perhubungan itu berakhir, aku sedari kesilapan aku. Namun aku tidak sesal meninggalkan dirinya. Dia pula menuduh aku wanita yang paling ego pernah dia temui. Semua kesalahan diletakkan pada aku. Akulah puncanya sehingga perpisahan berlaku. Dan bila aku meminta dia berfikir, muhasabah diri dan mengimbau setiap peristiwa yang berlaku dia enggan. Dia tetap menyalahkan aku yang tak pernah akur dengan kemahuannya. Tak pernah tunduk dengan kemahuannya. Tak pernah mahu mengikut acuannya.

Telah ku renung dan fikirkan sedalam-dalamnya. Telah ku tanyakan pada mereka yang lebih tua, rakan-rakan dan cerdik pandai. Dia punca segala-segalanya. Namun bila ini diajukan, dia terus melenting. Menyemarak api kemarahannya. Terserlah egonya.

Aku tinggalkan kisah ini. Terkenang aku kisah seorang sahabatku. Seorang lelaki yang ditinggalkan kekasih hatinya. Ditinggal pergi untuk kekasih lama hatinya. Seribu alasan diberi untuk meninggalkan sahabatku. Jelas yang salah adalah wanita. Namun setelah perpisahan berlaku sang mantan menyalahkan sahabatku itu. Seolah-olah sahabatku adalah punca perpisahan yang berlaku. Terfikir aku sejenak.. inilah ego seorang wanita. Sama sahaja egonya. Mengapa perlu menyalahkan sang mantan andai telah jelas itu adalah kesalahan yang telah kita lakukan. Mengapa perlu ada tuduh-menuduh setelah terjadinya sebuah perpisahan. Mengapa mengkhianati andai takut dipersalahkan. Tidak bisakah ikatan yang telah terlerai ini diikuti dengan satu hubungan yang baik. Mengapa perlu ada benci antara kita sedangkan kita pernah saling sayang-menyayangi. Semuanya soal hati, ego dan kelukaan yang telah ditinggalkan. Dan tidak keterlaluan jika aku katakan kerana rasa bersalah dan menyesal bersarang dihati.

Sesungguhnya penyesalan setelah terjadinya perpisahan tiada gunanya lagi. Hargailah pasangan kita sementara dia masih lagi menjadi milik kita. Sementara dia masih lagi disisi kita. Sementara kita masih ada dihatinya. Sementara kita masih lagi saling sayang-menyayangi, kasih-mengasihi. Sementara belum ada hati yang terluka. Sementara hayat dikandung badan. ‘Before the ice melt.’

~Apakah harga sebuah perhubungan? Bagiku 'precious and priceless'.....~



2 comments:

Abang Karu said...

hmmmm..

BuLaN CaLLaLiLy said...

ape-ape je lah..... ekekekeke

Powered By Blogger