~~HaRga SeBuaH PerHuBunGan~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 27, 2011 |
2Comment
‘Life Is Like Ice.. So, Enjoy It Before Its Melt….’ Menikmati sebuah kehidupan adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang mudah, manis, pedih dan perit. Laluan kehidupan setiap orang tidak sama. Inilah yang dikatakan takdir. Perjalanan dan pengalaman hidup seringkali mematangkan kita. Namun, ada juga yang tak memahaminya. Apa pun kita harus bersyukur dan redha dengan ketentuan ilahi.

Sejenak aku terfikir tentang keegoan. Ego seorang lelaki dan ego seorang wanita. Lelaki mengatakan wanita ego. Wanita pula mengatakan lelaki ego. Hakikatnya sama sahaja. Lelaki mahupun wanita, kedua-duanya ego. Ada egonya masing-masing. Antara sedar atau tidak aku jua punya egoku. Cuma kita hanya perlu sedar bila masa kita harus berasa gah dengan ego kita dan bila masa pula kita harus menjadi manusia yang rendah hatinya. Bagiku, kita hidup di muka bumi ini kita perlu ‘be humble’. Inilah yang sebaiknya untuk diri kita. Agar kita sedar bahawa dalam hidup ini kita tidak perlu terlalu ego. Ada ketika dan waktunya, keegoan itu perlu. Adakalanya tidak perlu terutamanya dalam sebuah perhubungan.

Mengimbau kembali sebuah perhubungan lalu, aku ditemukan dengan insan yang tinggi egonya. Dia mengatakan aku ego. Aku pula mengatakan dia ego. Pada awal perhubungan aku tidak boleh terima tuduhan tersebut. Namun aku tidak cepat melenting. Bila perhubungan itu berakhir, aku sedari kesilapan aku. Namun aku tidak sesal meninggalkan dirinya. Dia pula menuduh aku wanita yang paling ego pernah dia temui. Semua kesalahan diletakkan pada aku. Akulah puncanya sehingga perpisahan berlaku. Dan bila aku meminta dia berfikir, muhasabah diri dan mengimbau setiap peristiwa yang berlaku dia enggan. Dia tetap menyalahkan aku yang tak pernah akur dengan kemahuannya. Tak pernah tunduk dengan kemahuannya. Tak pernah mahu mengikut acuannya.

Telah ku renung dan fikirkan sedalam-dalamnya. Telah ku tanyakan pada mereka yang lebih tua, rakan-rakan dan cerdik pandai. Dia punca segala-segalanya. Namun bila ini diajukan, dia terus melenting. Menyemarak api kemarahannya. Terserlah egonya.

Aku tinggalkan kisah ini. Terkenang aku kisah seorang sahabatku. Seorang lelaki yang ditinggalkan kekasih hatinya. Ditinggal pergi untuk kekasih lama hatinya. Seribu alasan diberi untuk meninggalkan sahabatku. Jelas yang salah adalah wanita. Namun setelah perpisahan berlaku sang mantan menyalahkan sahabatku itu. Seolah-olah sahabatku adalah punca perpisahan yang berlaku. Terfikir aku sejenak.. inilah ego seorang wanita. Sama sahaja egonya. Mengapa perlu menyalahkan sang mantan andai telah jelas itu adalah kesalahan yang telah kita lakukan. Mengapa perlu ada tuduh-menuduh setelah terjadinya sebuah perpisahan. Mengapa mengkhianati andai takut dipersalahkan. Tidak bisakah ikatan yang telah terlerai ini diikuti dengan satu hubungan yang baik. Mengapa perlu ada benci antara kita sedangkan kita pernah saling sayang-menyayangi. Semuanya soal hati, ego dan kelukaan yang telah ditinggalkan. Dan tidak keterlaluan jika aku katakan kerana rasa bersalah dan menyesal bersarang dihati.

Sesungguhnya penyesalan setelah terjadinya perpisahan tiada gunanya lagi. Hargailah pasangan kita sementara dia masih lagi menjadi milik kita. Sementara dia masih lagi disisi kita. Sementara kita masih ada dihatinya. Sementara kita masih lagi saling sayang-menyayangi, kasih-mengasihi. Sementara belum ada hati yang terluka. Sementara hayat dikandung badan. ‘Before the ice melt.’

~Apakah harga sebuah perhubungan? Bagiku 'precious and priceless'.....~



~~BerTaMu DiKaLbu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, April 23, 2011 |
0Comment
Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku madahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelamin suci
Yang pastinya anggun di hati


Bertamu di kalbu


Kau bertamu di kalbu ku umpama sebuah mimpi.. hati kita tertaut dan bersatu menyusuri mimpi-mimpi indah yang kita ciptakan.. Bulan Bintang yang berseri menjadi saksi lafaz kasih sayang... madah-madah cinta... bisikan-bisikan kasih... janji-janji setia... moga semuanya diberkati Allah s.w.t.. dan kita dapat mengubati hati kita yang telah luka di sepanjang perjalanan hidup ini.. kita tinggalkan sejarah yang lalu menjadi saksi bangunnya sebuah sejarah yang baru dan sama-sama mempertahankan ikatan ini... membina ikatan yang lebih kukuh... menuju ke jalanNya hingga nafas yang terakhir...










Gratisan Musik

~~KaTa HaTi SaFiyYaH~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 20, 2011 |
2Comment
“Puan Junaidah ini ada pesanan untuk puan.” Amira setiausaha ku muncul di muka pintu bilik ku sambil menghulurkan kertas memo.
“Terima Kasih Amira. Ada apa-apa lagi?” Amira menggelengkan kepala.
“Baiklah. Awak boleh pulang sekarang” Amira berlalu pergi.
Cepatnya masa beredar. Tidak ku sedari jam telahpun menunjuk 5.30 petang. Mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah memang memenatkan. Ku lihat memo. Tertera nama yang telah lama tidak ku sebut. Tidak ku dengar. Safiyyah Abdullah. Rindunya aku padamu. Ku belek semula warkah yang ku terima 2 tahun yang lalu. Warkah daripada Safiyyah… yang tak pernah aku baca.. mungkin kerana aku terlalu kecil hati dengannya.

Assalamualaikum Jun sahabat ku,

Terlebih dahulu aku mohon seribu kemaafan kerana aku telah menghampakan dirimu. Kau memang sahabat yang baik Jun. Aku tahu, kau simpati pada keadaan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku bertindak kasar padamu. Kenapa aku begini. Kenapa aku jadi manusia yang panas baran kini. Aku tak mahu jadi begini. Semoga tuhan mengembalikan aku seperti dahulu… kembalikan semula kesabaranku. Moga Allah jua tabahkan hatiku untuk menghadapi semua dugaan hidup ini.

Masihku ingat kata-katamu Jun…”Kau ni nak aku kata bodoh..belajar tinggi… kau tak nampakkah apa yang Malik buat pada kau. Semua benda kau buat. Kau tahu tak yang semua tu tanggungjawab Malik? Kau hanya membantu.. Ini tak! Aku tengok semua tu dah jadi bebanan kau. Semua kau galas. Anak-anak kau uruskan. Belanja, makan, pakai, semua kau uruskan. Apa yang dia buat? Cuba kau bagitahu aku. Mana peranan dia? Kau menangis pun tiada guna Safiyyah. Kau tak ikut kata dia kau berdosa. Kau keluar tanpa izin pun kau berdosa. Sampai bila kau nak tanggung dosa. Cukuplah Safiyyah. Kau bukan tak boleh hidup tanpa dia Safiyyah. Kau tak perlukan dia Safiyyah.”

Bukan aku tak pernah irihati melihat rumahtangga orang lain Jun. Rumahtangga saudara-saudaraku. Aku manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Sedih hati ini bila melihat suami menghantar isteri mendapat rawatan ketika mengandung. Mereka ditemani suami. Tapi aku tidak. Paling menyentuh hati ini bila aku mengeluarkan sendiri perbelanjaan melahirkan anak. Merintih hati aku Jun. Tiada siapa yang tahu. Aku simpan semua rahsia hati ini. Ibu dan ayah tak perlu tahu. Saudara-saudaraku tak perlu tahu. Aku tanggung semuanya sendirian.

Jun..
Aku tahu kau marah pada aku. Namun apa dayaku. Aku juga bukan bodoh Jun. Aku hanya mengharapkan Malik berubah. Namun Malik leka. Semuanya menjadi kesalahanku. Aku tahu aku salah. Aku salah kerana membiarkan Malik. Aku fikir Malik akan berubah. Malik akan faham pada semua protesku melalui perbuatanku. Tapi tidak, malah setiap protesku itu dianggap dosa olehnya. Baginya aku ingkar menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Aku tak pernah berhenti berharap. Selama 9 tahun ini aku amat mengharap agar Malik sedar segala kesalahan dan kealphaannya. Namun aku hampa Jun.

Setelah kau pergi tinggalkan aku baru aku sedar yang Malik takkan pernah berubah. Betul katamu, aku lebih mengenalinya. Baginya semua kata-katanya benar. Wanita baginya jatuh pada kelas yang paling bawah. Wanita wajib sujud pada kehendak hati lelakinya. Paling tidak boleh aku terima bila dia berkata, dia izinkan aku bekerja maka aku wajib untuk menyara keluarga.

Masih aku ingat, Malik pernah menuduh aku curang padanya. Anak itu bukan anaknya. Kasihan anak aku Jun. Hanya kerana irasnya seperti pemuda tionghua, Malik menuduh aku selingkuh dengan majikanku. Pedih hati ini menerimanya. Dan Malik… sudah semakin kerap naik tangan kini.. katanya mahu mengajar aku.. salahkah aku Jun.. andai aku meluah isi hati. Dan setahu aku… bukan kekasaran ini yang perlu Malik beri pada aku untuk mengajar aku.

Hati dan jiwaku semakin memberontak. Aku semakin tertekan. Hilang semua rasa hormatku padanya. Aku berdosa padanya Jun. Jiwaku amat tertekan. Aku sudah tidak bisa menanggungnya lagi. Benar katamu. Untuk apa aku masih di masjid ini. Masjid yang mulai runtuh. Pasti luka tubuhku.

Jun..
Doakan aku berjaya.. Berjaya membela nasibku…

Wassalam,
Safiyyah.



Aku perlu bertemu Safiyyah. Safiyyah telah membuat keputusan rupanya. Mengapa tidak ku baca warkah ini 2 tahun yang lalu, agar aku tidak perlu berkecil hati dengannya. Safiyyah.. Safiyyah..


**********
Dah setengah jam aku di sini. Batang hidung Safiyyah pun tidak kelihatan. Safiyyah lupakah?
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”
“Safiyyah?” Wanita di hadapanku menganggukkan kepala. Sungguh berbeza penampilan Safiyyah kini. Tidak seperti dahulu. Dia Nampak lebih ceria.
“Hei Jun.. akulah ni…”
“Ya aku tahu. Dan kau Nampak lebih ceria Safi”
“Berkat doa kau juga” Safiyyah senyum . Dan aku tahu itu senyuman paling bahagia Safiyyah. Petang itu aku habiskan masaku bersama Safiyyah. Aku tak mahu diganggu. Aku mahu mendengar semua cerita Safiyyah. Cerita yang boleh aku jadikan pengajaran.


Teringat aku kata-katamu Safiyyah; suami boleh memukul isteri untuk tujuan mengajar isteri namun begitu pukulan tersebut hendaklah pukulan yang tidak mencederakan dan tidak di bahagian muka. Malik.. Setahu aku, Maliklah yang buat muke Safiyyah lebam. Malik jugalah yang menolak Safiyyah ke singki hingga badan Safiyyah lebam. Namun Malik tetap betul. Safiyyah tetap salah. Kata Malik itu cara dia mengajar Safiyyah. Safiyyah isteri yang nusyuz.


Aku bukan bijak pandai agama. Namun aku tahu juga serba sedikit tentang agama. Apa itu hukum talak. Sesungguhnya aku tak pernah bertindak melulu ketika aku menasihatimu dulu Saffiyah. Apabila perbalahan suami isteri tidak dapat lagi didamaikan walaupun telah menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai keduanya. Haram menceraikan isteri apabila isteri diceraikan dalam keadaan tidak suci, setelah suami bersama isterinya, isteri sakit ataupun isteri yg belum disempurnakan gilirannya. Sunat bercerai apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tiada pekerjaan ataupun uzur. Isteri juga boleh memohon fasakh tanpa mengurangkan bilangan talak bila ini berlaku. Si suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, atau berkahwin dengan isteri secara paksaan atau pun isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami. Makruh talak itu apabila suami menceraikan isteri yang baik tingkahlaku, taat pada ajaran agama atau tanpa sebab. Harus talak itu bila si suami lemah keinginannya atau isteri telah putus haid. Maka, aku pinta kau pilih jalanmu Safiyyah.


Dan akhirnya, kau temui apa yang kau cari Safiyyah. Namun aku pasti Malik takkan pernah mengerti dan memahami dirimu kerana dia hanya pentingkan dirinya sahaja. Sesungguhnya Safiyyah, lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya. Dan aku tahu Malik bijak berkata-kata. Namun, bijakkah Malik bila dia mengabaikanmu. Jauh sekali untuk menghormati dirimu. Dan mampukah Malik melindungi dirimu… Semua jawapan ada padamu Safiyyah. Kau lebih mengenali Malik berbanding aku.


Safiyyah, aku hanya ingin melihat kau bahagia. Bahagia dirimu bahagia diriku. Kerana kau dan aku adalah satu. Bukankah ini janji kita. Sahabat selamanya.


“Jun.. Jun.. kau dengar tak aku cakap apa ni..? Kau mengelamun ya Jun?”
Aku hanya senyum. “Sorry Safi. Teringat office pulak. Aku telefon Amira sekejap ya.”
‘Kau ni Jun.. tak pernah berubah. Masa cuti, cuti. Jangan ingat kerja. Dah.. cepat lah telefon Amira. Lepas ni jangan telefon lagi ya.” Safiyyah membebel. Bebelan mak neneknya yang aku suka.
OK.” Jawabku ringkas. Yes. Best friend forever Safiyyah.



~~RuAnG RiNdu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Tuesday, April 19, 2011 |
0Comment
 Begitu cepat masa berlalu.. aku merasakan seperti baru semalam kita bertemu.. masih ku ingat raut wajah itu.. senyuman itu.. kata-kata semangat mu... tak begitu mudah untuk aku melupakan mu.. masih jua ku ingat lafazmu itu yg membuatkan aku takut untuk mencari setiap makna kata-katamu... 'dan aku mulai takut terbawa cinta.. menghirup rindu yg sesakkan dada...' dan akhirnya aku tinggal sendirian.. tanpa aku dapat melihat dirimu pergi... kau pergi menghilangkan diri..tanpa khabar berita.. tanpa utus bicara.. sedang aku di sini menanti...katamu aku berhak yang lebih baik.. adakah kau yakin aku akan mendapat yg lebih baik dr dirimu.. itu semua kuasa tuhan.. sekurang-kurangnya nyatakanlah pada ku.. mengapa harus kau pergi.. pergi jauh dr ku.'kau datang dan pergi oh begitu saja.. semua ku terima apa adanya.. mata terpejam dan hati menggumam.. di ruang rindu kita bertemu..' dan entah mengapa.. aku merasakan aku begitu rindu padamu... aku tak dapat melupakan dirimu.. dan sesungguhnya kau kan sentiasa ada dihati ini.. walau di mana saja kau berada aku akan sentiasa mendoakan kejayaan mu.. semoga kau berjaya mencapai cita-citamu... insyaallah...


Di daun yang ikut mengalir lembut
terbawa sungai ke ujung mata
dan aku mulai takut terbawa cinta
menghirup rindu yang sesakkan dada


jalanku hampa dan ku sentuh dia
terasa hangat oh didalam hati
ku pegang erat dan ku halangi waktu
tak urung jua ku lihatnya pergi


tak pernah ku ragu dan selalu ku ingat
kerlingan matamu dan sentuhan hangat
ku saat itu takut mencari makna
tumbuhkan rasa yg sesakkan dada


kau datang dan pergi oh begitu saja
semua kuterima apa adanya
mata terpejam dan hati menggumam
di ruang rindu kita bertemu ..








Gratisan Musik



~~SamPai KiTa BeRteMu LaGi~~ a.n.a.s

~~aKhiRnYa KeNaL HuRuF~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 13, 2011 |
0Comment
teringat aku satu masa dahulu.... it's about 7 years ago..(if not mistaken) cerita tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 9 tahun yang masih merangkak-rangkak membaca dan kadang-kadang masih tidak mengenal huruf... jawapan dia bila ditanya mengapa.. senang jer.. lupa...what happen to her?.. I also don't know.. sepatutnya pada usia ini perkembangan otaknya telah boleh menganalisa dgn cepat setiap huruf yg dipandangnya. kasihan sungguh dia... lama aku perhatikan dia...
ku tenung wajahnya... hurmmmm... masalah besar nih.... ku suruh dia buka buku... sebut setiap perkataan yg aku tunjukkan.. begitu susahnya dia untuk menyebut setiap perkataan itu... mencari perkataan yg aku sebut pun dia susah nak jumpa.. tak sampai 15 minit dia dah resah... sudah mula hilang tumpuan.. sudah minta untuk pergi bermain.. dan macam-macam alasan... yes.. she is a slow learner.. camner tak slow...ibunya suka memarahinya... mengherdiknya oppss.. mengumpat suda.. teringat pula aku pada abangnya... parah gak.. usia 10 tahun merangkak-rangkak membaca.. aku sebut hektar.. dia sebut traktor... asal janji bunyi... sekali tu je lah dia belajar dgn aku... lepas tu tak mahu dah... dia kata pada ibunya..aku ni garang..huhuhu.. sememangnya... hak3... tinggalkan kisah abangnya... aku dah tak ambil pot.. his mother pun doesn't bother... so, buat apa aku nak lebih2.. kang kata aku menyibuk-nyibuk lak.. berbalik pada cerita budak perempuan tadi, yg baiknya... she's not as slow as her brother.. dan dapat ku kenal pasti sesuatu... dia bukan sahaja slow learner.. tetapi juga dyslexia. dyslexia penglihatan... pendengaran dia ..ok.. kenapa? kerana dia mengenalpasti huruf yg lain sebagai huruf yg kita maksudkan cth: 'm' dia nampak cam 'n'.. 'n' pulak nampak cam 'm', 'b'='d'.. 'd'='b' , 'p'='q'..'q'='p', dan ini menyukarkannya untuk mengenalpasti perkataan dgn cepat dan betul.. lebih-lebih lagi jika dalam satu mukasurat terdapat byk perkataan yg menggunakan huruf-huruf yg hampir serupa ini.. apa yg aku buat.. aku ambil sehelai kertas putih A4, aku buat 1 lubang yg muat utk 1 perkataan. then.. aku letakkan pada perkataan yg aku nak dia sebut... cara ni pun mudah utk dia mencari perkataan yg aku kehendaki..ini adalah method permulaan sahaja selainnya adalah usaha kita yg berganda-ganda... aku tinggalkan dia bersama ibuku utk meneruskan usaha agar dia boleh membaca dgn lancar kerana dia adalah anak saudara perempuan ku yg tinggal berhampiran rumah ibuku... apa jadi padanya.. alhamdulillah.. dia boleh membaca selepas itu.. dan seterusnya kakak ku telah mengambilnya untuk tinggal bersama-samanya... dan dia telah berjaya membuat anak saudara kami itu sebagai pelajar yg agak cemerlang di sekolahnya...
bila bercerita tentang anak-anak yg kurang menyerlah ini.. buat aku teringat juga pada seorang anak murid ku..(jgn salah sangka.. aku bukan seorang guru tapi pernah menjadi guru ganti) ketika itu aku mengajar sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhamad Selekoh Perak. 4 bulan aku mengajar di situ...tapi sayang.. aku lupa nama anak murid ku itu... xpe lah... murid tahun 1 ketika itu tahun 2000. ku ingat lagi kata PK sekolah tu.. En Adnan.. katanya...pelajar ni..tak kenal huruf...bila dia ajar tiada tumpuan.. selalu bermain dalam kelas... "pening kepala aku dah.. bila aku mengajar dia mengelamun..ko tolong tengok-tengokkan budak ni" itu katanya.... ketika itu Cikgu Adnan mengajar BM dan aku mengajar BI di kelas kanak-kanak tersebut.. hurmmmm.. 1 clue only.. "suka mengelamun".. so.. lets play and day dreaming... huhuhu.. tak sangka aku ajar anak murid aku mengelamun... apa yg aku minta dia buat adalah.. melihat huruf yg aku nak dia belajar dan ingat. cthnya huruf 'A' hingga 'E' aku suruh dia pandang pada huruf-huruf tersebut... sebut berulang kali dan ingat.. kemudian.. aku minta dia pejamkan mata.. bayangkan huruf-huruf tersebut dan sebut berulang-ulang kali... selepas itu aku tunjukkan dia huruf-huruf tadi dan minta dia sebut.. mula-mula ikut turutan.. then.. barulah minta dia mengenal huruf ikut mana kita suka.. akhirnya kami berjaya... kami gunakan cara tersebut sehingga dia kenal huruf A hingga Z.. tapi perlu diingat.. kanak-kanak seperti ini mudah hilang tumpuan dan cepat merasa bosan.. kita juga tidak boleh meminta mereka belajar byk perkara dalam satu masa. contohnya dalam kes murid tahun 1 ni.. dalam satu masa aku hanya boleh minta dia belajar maximum 5 huruf sahaja dalam 1 hari untuk dia mengenal huruf tersebut...alhamdulillah.. senang rasa hati dapat membantu.. apa pun usaha itu tangga kejayaan.. bak kata org tua-tua.. nak seribu daya .. tak nak seribu dalih..

~~BiaRkaN SaJa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, April 03, 2011 |
0Comment
tiada bicara kasih
tiada bicara cinta
yang ada hanya
kata-kata rindu
kata-kata sayang
apakah makna semua ini

bila kau perlu aku
aku sentiasa ada
bila aku perlu dirimu
kau selalu ada
bicara kita sering seiring
sungguh aku takut
mencari jawapan
pada setiap persoalan


ku biarkan sahaja
rasa rindu ini
rasa sayang ini
biar takdir yang menentukan
kerana aku tahu
apa adanya aku
untuk dirimu

~~HiDuP Ini InDaH~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, April 03, 2011 |
0Comment
setiap kehidupan...
ada jatuh bangun...
ada suka ada duka...
ada puji ada caci...
di situlah warna warni pelangi
sebuah kehidupan
segalanya melakar
sebuah kehidupan yg indah

setiap kehidupan...
ada benci ada rindu
ada kasih ada sayang
maka bersemilah cinta
dalam hati insan
yang menikmati
keindahan sebuah kehidupan

redhalah aku
dengan segala dugaan
dan syukurlah aku
dengan segala kenikmatan
dengan segala kurniaan
sesungguhnya aku
hanya insan biasa yang sering alpa

wahai teman
perhatikanlah aku
bawalah aku pulang
andai aku jauh menyimpang
Ya Tuhanku
ampunilah dosa-dosaku
dan jauhkanlah aku
dari segala kemurkaanMu

TaHaJJuD CinTa

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, April 02, 2011 |
0Comment
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut

lemas mencari tempat berpaut

kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan



Ku sunyi dalam gembira

perih pedih tanggung derita

sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci



Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga



Terlalu lama aku mencuba

terlalu banyak

cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana

Tuhan, ampuni hamba-Mu



Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya

tunjukku ke jalan syurga



Ku rebah di dada malam

memecah dendam yang lama diam

ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud






Powered By Blogger