~~KaTa HaTi SaFiyYaH~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 20, 2011 |
2Comment
“Puan Junaidah ini ada pesanan untuk puan.” Amira setiausaha ku muncul di muka pintu bilik ku sambil menghulurkan kertas memo.
“Terima Kasih Amira. Ada apa-apa lagi?” Amira menggelengkan kepala.
“Baiklah. Awak boleh pulang sekarang” Amira berlalu pergi.
Cepatnya masa beredar. Tidak ku sedari jam telahpun menunjuk 5.30 petang. Mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah memang memenatkan. Ku lihat memo. Tertera nama yang telah lama tidak ku sebut. Tidak ku dengar. Safiyyah Abdullah. Rindunya aku padamu. Ku belek semula warkah yang ku terima 2 tahun yang lalu. Warkah daripada Safiyyah… yang tak pernah aku baca.. mungkin kerana aku terlalu kecil hati dengannya.

Assalamualaikum Jun sahabat ku,

Terlebih dahulu aku mohon seribu kemaafan kerana aku telah menghampakan dirimu. Kau memang sahabat yang baik Jun. Aku tahu, kau simpati pada keadaan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku bertindak kasar padamu. Kenapa aku begini. Kenapa aku jadi manusia yang panas baran kini. Aku tak mahu jadi begini. Semoga tuhan mengembalikan aku seperti dahulu… kembalikan semula kesabaranku. Moga Allah jua tabahkan hatiku untuk menghadapi semua dugaan hidup ini.

Masihku ingat kata-katamu Jun…”Kau ni nak aku kata bodoh..belajar tinggi… kau tak nampakkah apa yang Malik buat pada kau. Semua benda kau buat. Kau tahu tak yang semua tu tanggungjawab Malik? Kau hanya membantu.. Ini tak! Aku tengok semua tu dah jadi bebanan kau. Semua kau galas. Anak-anak kau uruskan. Belanja, makan, pakai, semua kau uruskan. Apa yang dia buat? Cuba kau bagitahu aku. Mana peranan dia? Kau menangis pun tiada guna Safiyyah. Kau tak ikut kata dia kau berdosa. Kau keluar tanpa izin pun kau berdosa. Sampai bila kau nak tanggung dosa. Cukuplah Safiyyah. Kau bukan tak boleh hidup tanpa dia Safiyyah. Kau tak perlukan dia Safiyyah.”

Bukan aku tak pernah irihati melihat rumahtangga orang lain Jun. Rumahtangga saudara-saudaraku. Aku manusia biasa. Aku punya hati dan perasaan. Sedih hati ini bila melihat suami menghantar isteri mendapat rawatan ketika mengandung. Mereka ditemani suami. Tapi aku tidak. Paling menyentuh hati ini bila aku mengeluarkan sendiri perbelanjaan melahirkan anak. Merintih hati aku Jun. Tiada siapa yang tahu. Aku simpan semua rahsia hati ini. Ibu dan ayah tak perlu tahu. Saudara-saudaraku tak perlu tahu. Aku tanggung semuanya sendirian.

Jun..
Aku tahu kau marah pada aku. Namun apa dayaku. Aku juga bukan bodoh Jun. Aku hanya mengharapkan Malik berubah. Namun Malik leka. Semuanya menjadi kesalahanku. Aku tahu aku salah. Aku salah kerana membiarkan Malik. Aku fikir Malik akan berubah. Malik akan faham pada semua protesku melalui perbuatanku. Tapi tidak, malah setiap protesku itu dianggap dosa olehnya. Baginya aku ingkar menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Aku tak pernah berhenti berharap. Selama 9 tahun ini aku amat mengharap agar Malik sedar segala kesalahan dan kealphaannya. Namun aku hampa Jun.

Setelah kau pergi tinggalkan aku baru aku sedar yang Malik takkan pernah berubah. Betul katamu, aku lebih mengenalinya. Baginya semua kata-katanya benar. Wanita baginya jatuh pada kelas yang paling bawah. Wanita wajib sujud pada kehendak hati lelakinya. Paling tidak boleh aku terima bila dia berkata, dia izinkan aku bekerja maka aku wajib untuk menyara keluarga.

Masih aku ingat, Malik pernah menuduh aku curang padanya. Anak itu bukan anaknya. Kasihan anak aku Jun. Hanya kerana irasnya seperti pemuda tionghua, Malik menuduh aku selingkuh dengan majikanku. Pedih hati ini menerimanya. Dan Malik… sudah semakin kerap naik tangan kini.. katanya mahu mengajar aku.. salahkah aku Jun.. andai aku meluah isi hati. Dan setahu aku… bukan kekasaran ini yang perlu Malik beri pada aku untuk mengajar aku.

Hati dan jiwaku semakin memberontak. Aku semakin tertekan. Hilang semua rasa hormatku padanya. Aku berdosa padanya Jun. Jiwaku amat tertekan. Aku sudah tidak bisa menanggungnya lagi. Benar katamu. Untuk apa aku masih di masjid ini. Masjid yang mulai runtuh. Pasti luka tubuhku.

Jun..
Doakan aku berjaya.. Berjaya membela nasibku…

Wassalam,
Safiyyah.



Aku perlu bertemu Safiyyah. Safiyyah telah membuat keputusan rupanya. Mengapa tidak ku baca warkah ini 2 tahun yang lalu, agar aku tidak perlu berkecil hati dengannya. Safiyyah.. Safiyyah..


**********
Dah setengah jam aku di sini. Batang hidung Safiyyah pun tidak kelihatan. Safiyyah lupakah?
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”
“Safiyyah?” Wanita di hadapanku menganggukkan kepala. Sungguh berbeza penampilan Safiyyah kini. Tidak seperti dahulu. Dia Nampak lebih ceria.
“Hei Jun.. akulah ni…”
“Ya aku tahu. Dan kau Nampak lebih ceria Safi”
“Berkat doa kau juga” Safiyyah senyum . Dan aku tahu itu senyuman paling bahagia Safiyyah. Petang itu aku habiskan masaku bersama Safiyyah. Aku tak mahu diganggu. Aku mahu mendengar semua cerita Safiyyah. Cerita yang boleh aku jadikan pengajaran.


Teringat aku kata-katamu Safiyyah; suami boleh memukul isteri untuk tujuan mengajar isteri namun begitu pukulan tersebut hendaklah pukulan yang tidak mencederakan dan tidak di bahagian muka. Malik.. Setahu aku, Maliklah yang buat muke Safiyyah lebam. Malik jugalah yang menolak Safiyyah ke singki hingga badan Safiyyah lebam. Namun Malik tetap betul. Safiyyah tetap salah. Kata Malik itu cara dia mengajar Safiyyah. Safiyyah isteri yang nusyuz.


Aku bukan bijak pandai agama. Namun aku tahu juga serba sedikit tentang agama. Apa itu hukum talak. Sesungguhnya aku tak pernah bertindak melulu ketika aku menasihatimu dulu Saffiyah. Apabila perbalahan suami isteri tidak dapat lagi didamaikan walaupun telah menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai keduanya. Haram menceraikan isteri apabila isteri diceraikan dalam keadaan tidak suci, setelah suami bersama isterinya, isteri sakit ataupun isteri yg belum disempurnakan gilirannya. Sunat bercerai apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tiada pekerjaan ataupun uzur. Isteri juga boleh memohon fasakh tanpa mengurangkan bilangan talak bila ini berlaku. Si suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, atau berkahwin dengan isteri secara paksaan atau pun isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami. Makruh talak itu apabila suami menceraikan isteri yang baik tingkahlaku, taat pada ajaran agama atau tanpa sebab. Harus talak itu bila si suami lemah keinginannya atau isteri telah putus haid. Maka, aku pinta kau pilih jalanmu Safiyyah.


Dan akhirnya, kau temui apa yang kau cari Safiyyah. Namun aku pasti Malik takkan pernah mengerti dan memahami dirimu kerana dia hanya pentingkan dirinya sahaja. Sesungguhnya Safiyyah, lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita. Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya. Dan aku tahu Malik bijak berkata-kata. Namun, bijakkah Malik bila dia mengabaikanmu. Jauh sekali untuk menghormati dirimu. Dan mampukah Malik melindungi dirimu… Semua jawapan ada padamu Safiyyah. Kau lebih mengenali Malik berbanding aku.


Safiyyah, aku hanya ingin melihat kau bahagia. Bahagia dirimu bahagia diriku. Kerana kau dan aku adalah satu. Bukankah ini janji kita. Sahabat selamanya.


“Jun.. Jun.. kau dengar tak aku cakap apa ni..? Kau mengelamun ya Jun?”
Aku hanya senyum. “Sorry Safi. Teringat office pulak. Aku telefon Amira sekejap ya.”
‘Kau ni Jun.. tak pernah berubah. Masa cuti, cuti. Jangan ingat kerja. Dah.. cepat lah telefon Amira. Lepas ni jangan telefon lagi ya.” Safiyyah membebel. Bebelan mak neneknya yang aku suka.
OK.” Jawabku ringkas. Yes. Best friend forever Safiyyah.



Powered By Blogger