~~TuLuS CinTa SuCi~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, June 18, 2011 |
1Comment
"cinta yang dicari akan pergi.. cinta yang dikejar semakin menjauh... cinta yang dipikat akan datang sendiri... namun aku telah tewas pada semuanya.. lalu aku biarkan cinta itu datang sendiri padaku... tanpa aku berbuat apa-apa... tangan yang dihulur aku sambut dengan ikhlas dan redha... semoga bahagia milikku..."

Aku insan biasa… yang punya rasa cinta.. yang pernah dikecewa oleh cinta… andai aku dapat undurkan masa.. akan aku bina bahagia… namun mana bisa masa lalu aku kembalikan.. yang hancur akan tetap hancur.. yang tinggal sisa.. yang kadang kala menjadi duri dalam daging…namun kehancuran lalu akan tetap membina yang baru

Kehidupanku penuh ketakutan.. aku takut untuk membina cinta.. aku takut meluah rasa cinta.. takut tangan yang ku hulur tidak bersambut… takut aku kecundang lagi dalam membina mahligai bahagia. Aku hanya punya ketabahan untuk meneruskan perjuanganku dan kehidupanku.

Jauh di sudut hatiku .. aku menyimpan cita-cita.. aku ingin punya cinta yang mekar dijiwa.. yang mewarnai pelangi hidupku.. melakar bahagia hari tuaku… aku mendambakan cinta yang tulus suci.. cinta hingga hujung nyawa.. namun cintaku ini bukan sekadar cinta biasa… aku memerlukan sesuatu yang luar biasa… kasih sayang yang amat mendalam.. agar kelukaan… kedukaan… kekecewaan… aku pulih sepenuhnya.. agar aku dapat melayari bahteraku dengan aman dan damai.

Dan.. saat aku jatuh itu.. saat aku dalam kelukaan yang mendalam…  kau hadir menghulurkan tangan.. meminta agar aku yakin bahawa kau akan datang menjemputku…membawa aku ke alam bahagia. Kau janjikan seribu keindahan buatku. Kau janjikan cinta yang tidak berbelah bagi buatku. Kau terima diriku seadanya.

Saat pertama kali aku melihat dirimu… aku merasakan sesuatu yang berbeza… aku merasakan ketinggian budimu.. keperibadianmu.. dan keikhlasan hatimu.. aku merasakan dalam diriku ada dirimu.. aku melihat dalam dirimu ada aku…aku amat berharap.. apa yang aku rasakan itu adalah dirimu yang sebenar… tiada kepura-puraan.. penuh dengan kejujuran dan keikhlasan… dan aku tidak salah dalam membuat telahan dan  keputusan.

Lalu ku sambut tanganmu.. aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi.. aku tidak mahu memikirkan tentang mencari cinta lagi… aku terima segala yang datang…  cukup aku merasakan bahawa ini yang terbaik buatku.. walau sungguh aku tidak menyangka… ungkapan cintamu itu … tidak menyangka yang kau akan melafazkan cintamu padaku. Kasih sayangmu… sikap ambil beratmu.. membuktikan kesungguhanmu.. tidak ku temu kekurangan cintamu… apa yang kau curahkan padaku.. itulah yang aku mahu.. itulah yang aku cari selama ini.

Berjalan seiringan denganmu.. banyak benar persamaan antara kita… banyak benar kebetulan antara kita.. namun bukan itu yang kita cari.. bukan itu yang kita mahu… mahuku mahumu adalah sama… aku dan kamu.. mencari cinta tulus suci.. mencari kebahagian hingga hujung nyawa… mahu cinta tulus suci tersemat dalam jiwa.. mahu bahagia hingga akhirnya… melupakan kehancuran masa silam… membina mahligai bahagia selamanya.. moga impian ini jadi kenyataan dan mendapat restu Yang Esa.

Kekasih
Kau laksana AWAN buatku
Mengekori setiap langkahku
Sentiasa ada
Saat aku memerlukanmu
Melindungi aku
Saat aku dipanah perit mentari
Menurunkan  hujan
Saat aku kehausan
Kau beri aku kedamaian



~~BuLaN~~”Ku berharap.. tulus cinta ini akan jadi kenyataan dalam hidupku.. 
bukan hanya mimpi dalam tidurku.. semoga tuhan mendengar doaku.. untuk cinta ini”

1 comment:

Abang Karu said...

(^____^)
http://karukordjagaus.blogspot.com/

Powered By Blogger