TUDUNG OH TUDUNG

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, December 19, 2012 |
2Comment
banyak lagi yang perlu diperbetulkan... paling penting HATI. segalanya jadi mudah bila hati bersih... suci.. murni... dan berilmu. sememangnya tiada manusia sempurna... namun adalah lebih baik menuju ke arah kesempurnaan daripada berada ditakuk lama... semuanya umpama mencari ilmu... takkan tiada penghujungnya.. selagi hayat dikandung badan. akal jika tak berfikir akan mati.. segalanya untuk renungan bersama.. selamat menuju ke arah kebaikan... insyaallah.. segala usaha pasti ada ganjarannya. segalanya milik Allah..

kali ni bulan bukan nak cerita pasal hati.. pasal ilmu... tapi nak cerita pasal cara pemakaian tudung yang betul. ramai yang ambil ringan perkara ni.. bulan pun tak terkecuali.. huhu. Insyaallah akan diperbetulkan. moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah. marilah kita menimba ilmu bersama-sama.



SUMBER: http://my.entertainment.yahoo.com/news/cara-pemakaian-hijab-yang-betul-114022713.html


Tips mengenai cara dan panduan memakai tudung: 


Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk bertudung, harus tahu garis panduan menutup aurat dengan betul, antaranya adalah pastikan anda memakai tudung dan menutup keseluruhan rambut tanpa ada sehelai rambut pun dapat dilihat. Ramai yang tidak sedar akan anak rambut yang terkeluar akibat tidak dilitupi dengan kemas, ingatlah bahawa anak rambut itu juga haram dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita. Maka anda haruslah menutupi rambut dengan tudung penuh agar anak rambut dan juga rambut lain tidak dapat dilihat. 



Pilihan tudung yang tepat
Jangan pilih tudung yang jarang dan dapat melihat rambut anda di dalam. Walaupun anda telah memakai tudung. Niat anda untuk menutup aurat haruslah beserta cara yang betul. Jangan disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang dikatakan memakai tudung adalah kerana fesyen barulah anda memilih untuk bertudung. Apabila berniat untuk menutup aurat, tudung yang dipilih juga harus kena dengan nawaitu kita. Jangan pilih tudung yang jarang dan digayakan tanpa memakai anak tudung yang betul. Anda masih dikira belum mampu menutup aurat dengan betul jika memakai tudung yang jarang. 



Pakaian harus bersesuaian
Jangan memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda, kerana Islam menyarankan anda menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah bagi mereka yang melihat. Jangan memilih pakaian yang singkat sehingga menampakkan sebahagian tangan anda kerana itu merupakan aurat yang wajib dijaga semua wanita Muslim. 



Pakaian yang singkat dari pinggul
Apabila bertudung, pemakaian juga harus dijaga, jangan memakai baju yang pendek sehingga di paras pinggang. Pastikan baju yang dipilih melebihi paras pinggul kita dan longgar. Ini kerana apabila kita memakai pakaian yang ketat dan pendek, apabila kita duduk ataupun merangkak, akan nampak sebahagian badan kita di belakang. 



Pastikan tudung menutupi bahagian dada dan leher
Aurat yang seringkali dilupakan wanita muslim adalah menutupi sebahagian dada dan juga bahagian leher. Ramai yang tidak mengambil endah perkara sebegini sehinggakan mereka memakai tudung, namun masih boleh dilihat leher mereka kerana pemilihan tudung yang tidak sesuai. Pilih tudung yang lebih panjang untuk menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher agar tidak kelihatan kulit leher anda ketika memakai tudung. 



Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
Jika benar itu adalah rambut anda, cuba elakkan membuat sanggul yang terlalu tinggi di atas kepala kerana ianya hanya akan mengundang fitnah kepada mereka yang melihat. Ikat rambut anda dan simpulkan di tengah-tengah kepala dan baluti rambut anda dengan anak tudung yang boleh menutupi semua rambut sebelum memakai tudung. 



Pilih tudung yang mengikut garis panduan Islam
Berikutan fesyen terkini yang kian meningkat dalam pemakaian tudung, banyak gaya tudung yang diilham dari pelbagai agama yang turut mempraktikkan penutupan rambut. Oleh yang demikian pastikan pilihan tudung anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

~BuLaN~ Ishhhh.. camner nak jual shawl neh... design dah buat.. jenis kain dah pilih.. cara memakai yang betul pun dah tunjuk.. tapi customer tak ikut...   kenapa masih ada rasa bersalah..  sukarnya mendapatkan yang halal.. Ya Allah.. berilah aku & mereka petunjuk dan hidayah.. amin..~

APALAH ERTI MENUNGGU

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, December 09, 2012 |
1Comment

TAK PERLULAH LAGI MENUNGGU
SERASAKAN ITU HANYA SATU
PERBUATAN YANG SIA-SIA
LEBIH-LEBIH LAGI ANDAI TIADA BERBUAT APA-APA
SETIAP USAHA ITU
PASTI ADA JALANNYA
SETIAP KETENTUAN ITU
PASTI ADA HIKMAHNYA
SETIAP PERTEMUAN ITU
PASTI ADA PENGAKHIRANNYA
SETIAP YANG ALLAH JANJIKAN ITU
PASTIKAN MENJELMA
SEGALA-GALANYA DENGAN IZIN YANG KUASA
DENGAN KASIH SAYANG NYA

Bismillah
A107
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
~Surah Yunus: Ayat 107~

~BuLaN~ Speechless~ suke lagu ni~


ADA APA DENGAN KARUKORD JAGAU

BuLaN CaLLaLiLy | Friday, November 23, 2012 |
5Comment
ada apa dengan karukord jagau... begitulah tajuk untuk hari ini... sebenarnya dah lama nak tulis hal ni... tapi memandangkan busy sebusynye... baru hari ini dapat mengetengahkan tajuk ni...

ada apa ye kat hamba Allah yang sorang ni... cuba tengok muka dia neh..haaa... korang tengok dan nilai sendiri lah..

tapi.. jangan tertipu ek... yang gambar kecik tulah karukord jagau.. 15 tahun yang lepas ade la kot... yang gambar besar tu faizal tahir... ngeeee...

berbalik kepada cerita asal kita.. daripada pandangan kacamata aku yang dah hilang dua tiga hari ni... dia yang aku panggil kokod ni.. (cam dawai kokot lak kan... hak3.. jgn mare ye kokod..) takde pape. orangnya biase2 aje... macam hamba Allah yang lain... hatinya Allah saje yang tahu... Rasulullah s.a.w telah bersabda.. 'sesungguhnya terdapat satu anggota manusia yang sekiranya ianya baik... maka baiklah keseluruhan anggota tubuh manusia. anggota tersebut adalah hati.. raja seluruh anggota' (hurmmm.. sikit lebih kurang la bunyiknya.. coz aku pon bukan mahir sangat.. nak google... raso2 cam tak sompek.. ape kata hangpa ja pi google.. soriii.. peace...)

so... kesimpulannya.. bagi aku yang sentiasa berbaik sangka ini.. (sedang belajar juga).. aku pon bersangka yang baik2 aje.. kokod ni termasuk dalam kategori baik jugaklah... insyaallah.. walau bagaimanapun.. (jeng jeng jeng.. suspen neh).. ade gak orang yang tak suke dia neh... biasalah... kalo dalam cite industan neh... pasti ade yang bedengki... tak tahulah aku kenapa orang ni jeles sensangat dengan kokod ni... memfollow gak perkembangan si kokod di fesbuk citernye. then adelah soksek2nye...

begitulah arakian dibuat ceritanya dan diambil sebagai contoh... senonya.. apa yang aku nak sampaikan kat sini... kalau hati tu dah busuk.. dah jahat... busuk dan jahat gaklah sumenya... tak kira orang... tak kira siapa.. kadang2.. manusia ni nak busuk hati mereka tak kira siapa.. dan tak kira sebab musababnya.. kadang kala.. sebab itu sendiri pun tidak logik...begitulah seandainya hasad dengki telah beraja di hati..

wahai sahabat semua.. jagalah hatimu... penuhinya dengan zikir dan kasih sayang.. ambillah yang baik sahaja... mana yang jahat tu jadikanlah sempadan.. renung-renungkanlah maksud surah al-Falaq ni...

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

~BuLaN~ sedang berusaha menjaga hati :)~

~~RiWaYaT CinTa MisHa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, October 20, 2012 |
0Comment
if you're asking if I need You
the answer is FOREVER
if you're asking if I'll leave You
the answer is NEVER
if you're asking what I value
the answer is YOU
if you're asking if I Love You
the answer is I DO


Gerhana yang melanda seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitu la hatiku terasa

Siapa yang rela diri bernafas dalam derita
Dunia ku rasakan jadi sengsara
Di cengkam sedih yang tak terduga

Kemana hilangnya keindahan yang ingin ku pandang
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaaan

Sentuhan mu yg pertama
Bagaikan madu menyirap asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman airmata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajah ku lagi


Sesungguhnya tiada jalan untuk kita bersama

Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku

KERJA ITU IBADAH

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, October 17, 2012 |
2Comment

 Dah lama aku tak membelek-belek blog aku ni... rasa2 macam nak tukar kulit.. tapi banyak perkara aku dah lupa. yang aku ingat... kerja.. kerja.. kerja.. makin banyak pulak kerja aku... hurmmmm... kerja pun kerjalah.. kerana setahu aku.. kerja itu satu ibadah... kerja untuk dapatkan gaji.. gaji yang halal.. untuk menjadi santapan seharian.. jadi darah daging aku dan anak2.


"Hai orang - orang yang beriman,janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil..." Surah An Nisa' 29
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7
“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132
“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100


so.. tunggu apa lagi.. kerja jelah... kerja dah siap.. baru boleh lepak2 kat sini... kawan2 pun semua tengah sibuk. al-maklumlah.. hujung tahun.. banyak kerja yang nak di'settle'kan.

ni baru bab kerja.. belum lagi bab kenduri kawen. lagi banyak kerja. aku merasa buat bunga telur.. pelamin .. gooodies bag sorang2.. kesian pulak aku kat pengantin merangkap anak saudara aku.. so aku tolonglah dia setakat yang termampu.. nampak gayanya hujung tahun ni makin sibuklah aku.. makin banyak kerja.
semoga segala kerja-kerja dan urusan aku berjalan dengan lancar dan diberkati Allah s.w.t. AMIN.....


~BuLaN~“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168~

MALANG TIDAK BERBAU

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, October 03, 2012 |
0Comment
orang kata ..'malang tidak berbau'.. kalau malang tu berbau cam kentut... kuar jew bau.. mencanak dah aku berlari... memandangkan ianya tidak ada mengeluarkan bau.. aku pun termalanglah untuk hari itu...

duduk di kota metropolitan ni... apa pun boleh jadi. semestinya kita kena berhati-hati. mengambil langkah berjaga-jaga. bak saranan kerajaan.. berhati-hati di jalan raya.


berbekalkan nasihat dan saranan itu, aku pun mengambil langkah berhati-hati. walaupun aku ni dipanggil si rempit oleh orang-orang di pejabat, aku mengamalkan skil pemanduan berhemah. satu hari tu.. dalam aku berhati-hati nak melintas jalan tetiba DAM!!!! orang langgar belakang motor aku. masa langgar tu dia pandang aku... aku dah tumbang pon dia still pandang aku. aikk!!! ini macam punya olang pon ada ka? hangin tol aku!  patah plat motor aku. aku dah sound dia baru dia kuar kereta. pastu hulur aku spuloh hengget! dia ingat aku ni kebulur 10 hengget dia tu ke? badan aku yang luka ni sape yang nak tanggung? badan aku yang saket-saket seminggu ni sape yang nak tanggung? kalau nyawa yang melayang.. sape lak nak tanggung anak-anak aku? ada dia fikir ke? ish.... maw jew aku bagi penampor sebijik dua. naseb baek aku ni berbekalkan tahap kesabaran yang tinggi.

tengok.... dalam kita berhati-hati ni.. cam xder makna jew kan?... kita berhati-hati tapi orng lain tidak! semua ni mengundang padah! sikap mementingkan diri sendiri tu yang perlu dikikis dari hati, jiwa dan raga rakyat Malaysia! kalau tak buat abeh duit jew. buat IKLAN berjuta-juta. sikit habuk pun tadak! xder kesedaran langsung! HUH!!!

agak-agaknye lah.. bila nak datang kesedaran tu ye? waulahuakalam bissawab.


BuLaN~ tu  citer yang kena langgar.. yang menonton pun ramai gak.. yang tolong? haram.. payah no rakyat Malaysia ni nak hulurkan bantuan ek! ish ish ish... sabor jewlah~

~~BuKaN CinTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Thursday, June 07, 2012 |
0Comment

“ Bila kita mencintai seseorang.. kita harus bersedia untuk menangis kerana dirinya” Ya. Dan kerana inilah aku rela membiarkan airmataku mengalir ke pipi.

Yang aku cintai dirimu
Bukan mainan dan bukan paksaan
Perasaan ini kurniaan Ilahi
Telah ku serahkan segalanya pada takdir
Telah ku panjatkan doa pada Allah
Moga hati ini milikNYA yang abadi


********

Teringat aku pada petang April yang lalu. Tiba-tiba kak Lin menegurku. Katanya..
“Safiyyah Nampak lain sekarang.. tak macam dulu.. hidup lebih terurus… ada apa-apa ke? Ermmm.. ada seseorang yang istimewa barangkali…”
Aku hanya tersenyum.
“Taknak cerita ke?”
“Takde papelah Kak Lin.. Allah bukakan hati saya je.”
“Tak sudi cerita takpe.. Akak tumpang gembira ”
“Thanks Kak Lin.”

Maafkan aku Kak Lin… mulut ini terkunci rapi untuk bercerita tentang ‘dia’. ‘Dia’ yang telah membawa cahaya dalam hati ini. Biarlah segalanya berlalu.. berlalu begitu sahaja.

Ku ingat lagi kata-kata Kak Lin.. “Hidup ini berpasang-pasangan”
Begitulah ciptaan Allah… “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yasin ayat 36.
“Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” Surah Ass-Syura ayat 11.

Katanya lagi.. dalam hidup berpasang-pasangan ini, bukan hanya cinta dan kasih saying.. seharusnya hidup ini lebih kepada saling lengkap melengkapi. Ianya penting agar hidup berumahtangga itu harmoni.. “ Kamu ingatkan aku..aku ingatkan kamu”, agar sama-sama menuju ke siratal mustakim.. menuju redha Ilahi. Itulah sebeanarnya kehidupan rumahtangga yang barakah.

Aku akui kata-kata Kak Lin itu… Ini jalan yang aku pilih. Ini natijahnya. Bukan sengaja aku biarkan diri ini mencintai dirinya. Namun cinta ini hadir tanpa aku duga. Andai sebelum ini aku boleh melupakan segala kepahitan tatkala aku dikecewakan. Tapi kali ini aku merasakan ianya akan sama seperti Amar. 15 tahun aku mengambil masa untuk melupakan dirinya.. meredhakan segalanya. Kisah akan berulang kembali….

Inilah yang telah tertulis di luht mahfudz. “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Dan aku akui.. aku sedari… aku hanya miliki sayangmu tapi bukan cintamu. Dan kerana itu aku pendamkan segalanya. Ku biarkan segalanya. Ku ingat kata-kata Kak Lin.. “sayang tak bererti cinta….  Dan .. kalau ingin berumahtangga.. milikilah dulu cinta jari manisnya.. Insyaallah akan bahagia”

Mungkin belum masanya lagi untuk diriku. Allah sahaja yang tahu.
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan. Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung.” Surah Al-An’am ayat 59-62.

Aku redha ketentuanNYA… “Allah akan gantikan dengan yang lebih baik”
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” Surah Ali Imran ayat 54.

Sabda Nabi s.a.w  ‘setiap orang islam yang ditimpa musibah lalu mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu..”Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berikanlah aku pahala kerana musibah yang ku derita dan gantikan yang lebih baik”.. nescaya Allah akan menggantikan dengan  yang lebih baik.’~~ dari Umu Salamah.




~~BuLaN~~ yang paling penting adalah… ‘Niat yang ikhlas, Iman yang teguh dan Amal yang baik'

~~TanPa SeTia TanPa CinTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Tuesday, April 10, 2012 |
1Comment

SETIA TANPA CINTA tak mengapa walau MEMILUKAN
CINTA TANPA SETIA mengundang BAHAYA dan MENYIKSAKAN

*********************************
cinta itu bermula dari 
jujur... ikhlas... setia dan kasih sayang
tiada jujur.. tiadalah ikhlas...
tiadalah setia.. tiadalah kasih sayang...
tiadalah cinta

tiada ikhlas
bagaimana kan diberi setia
bagaimana kan diberi kasih sayang
maka tiadalah cinta

tiada setia 
maka punahlah cinta
jujur musnah
ikhlas entah ke mana
kasih sayang dikhianati

tiada kasih sayang
cinta itu kosong
hambar tak bermaya
apa mungkinkah ada setia
apa akan hadirkah cinta

namun jujur.. ikhlas dan setia
akan bisa menampakkan cinta
akan hadir jua kasih sayang
andai dipupuk... disemai... dibajai
setulus hati

dan.. apa yang paling berharga
antara yang berlima adalah SETIA
bila setia tiada.. bila setia dirobek
maka punahlah segala
TIADA LAGI CINTA

~BuLaN~SeTiA TanPa CinTa LebiH BerHarGa DaRiPaDa CinTa TanPa SeTia~

~~IsTiKHaRaH SaFiYYa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, April 04, 2012 |
0Comment

Ku renung SOLUSI keluaran terbaru… mengupas isu istikharah. Teringat aku tentang sahabatku Safiyya dan kenalannya Antaya. Kisah mereka bermula dengan istikharah. Namun segalanya berakhir begitu sahaja.

Safiyya dan Antaya hanya kenalan biasa. Safiyya memang suka mengusik. Katanya ingin hidup bersama Antaya. Tapi Safiyya tahu. Siapa yang bertahta dalam hati Antaya. Saat Antaya kecewa.. Antaya mencari Safiyya dan kebetulan saat itu Safiyya juga kecewa. Kata Antaya, dia ingin membantu Safiyya. Bagi Safiyya.. tanpa Antaya dia masih boleh melaluinya seorang diri. Sementelah pula Safiyya punya seorang teman baik bernama Anuar. Teman yang selalu menemaninya kala duka dan kala sedih. Kata Safiyya ‘Antaya said, he needs someone to talk. Saat manusia terluka.. dia perlu seseorang mendengar luahannya.’

Satu hari Safiyya bergurau. Mengajak Antaya bertemu. Tak sangka pelawaan Safiyya diterima Antaya. Dalam gusar, Safiyya bertemu Antaya. Dalam pertemuan itu tidak disangka, sesuatu telah berlaku. Mimpi istikharah Safiyya yang lama jadi kenyataan. Hanya Allah yang tahu apa maksudnya. Bila Antaya mendapat tahu tentangnya, dia meminta Safiyya meneruskan istikharahnya. Safiyya laksanakannya.. dan mimpi kedua menjadi nyata. Safiyya terus memohon petunjuk. Namun tiada pernah menyandarkan apa-apa harapan pada Antaya.. kerana Safiyya tahu hati Antaya di mana. Walau kadang-kadang kata-kata Antaya seperti meyakinkan… Safiyya tidak pernah percaya. Segalanya Safiyya serahkan pada Allah.

Istikharah itu telah membuka hati Safiyya. Terpandang Safiyya akan Antaya pada 14 Rabiulawwal. Ada sesuatu yang Safiyya rasai ketika itu. ”Ya Allah… andai ini ketentuanMu.. aku redha.. aku terima segalanya.. aku terima dirinya seadanya.. andai itu yang Kau mahu. Dan ampunkanlah aku atas segala dosa-dosa ku. Amin.”

A: besarnya harapanmu Safiyya.
S: Aku tidak mengharap apa-apa. Aku Cuma bersyukur Allah menemukan aku dengan insan yang aku idamkan. Yang aku cari.
A: Kau kecewa bila dia tinggalkan kau?
S: Ye. Aku kecewa.
A: Kau sandarkan harapan yang menggunung padanya. Sedang dia tidak menjanjikan apa-apa padamu.
S: Tidak. Aku tidak akan pernah sandarkan apa-apa padanya sehinggalah dia sendiri berkata tentang nikah. Dan bila aku bertanya kembali padanya adakah dia serius.. serius jawapnya. Sekiranya perkataan ini tidak dia sebutkan.. aku tidak akan pernah menaruh apa-apa harapan. Tidak akan menyandarkan apa-apa harapan.
A: Bila dia sebut tentang nikah? Ceritalah sikit…
S: J… 5 hari sebelum dia berdiam diri. Yang lain.. biarlah jadi rahsia… Hanya Allah sahaja yang tahu…
A: Sikit pun tak boleh cerita ke?
S: J… Nop.
A: Oklah.. Oklah.. mak kau tahu pasal Antaya?
S: Tahu.
A: Apa katanya tentang Antaya...
S: Mak aku kata.. yang paling penting solat tak tinggal dan hormat orang tua. Mak aku kata lagi.. kalau dengan Antaya… tak ada hantaran pun mak aku terima.
A: Begitu sekali?
S: Ye.
A: J.
S: Apsal?
A: Tak ada apa-apa…. Kau tak marah?
S: Bohong kalau aku kata aku tak marah. Aku manusia biasa. Paling akau terkilan dia senyap begini. Walau sebagai seorang sahabat sekalipun.. dia tidak boleh buat aku tertanya-tanya begini.
A: Baiklah.. sekarang ni.. kau yang pandai berkata-kata ke.. dia?
S: J. Hehehehehe… you know who… Aku Cuma mahu dia berdepan dengan aku. Menyatakan salahku andai ada aku melakukannya. Beri ruang padaku untuk membela diri.
A: Kau ada buat salah ke?
S: Setahu aku.. tidak…
A: Habis tu…
S: Entah. Aku Cuma nak tahu kenapa dia buat aku begini. Setiap sesuatu yang berlaku itu, pasti ada sebabnya. Jawapan yang dia beri, tidak meyakinkan aku. Orang yang bersolat.. berzikir.. tidak akan mempermainkan perkataan nikah dan soal hati. Ustaz Azhar Idrus pun melarang itu semua. Aku seolah merasakan Antaya adalah orang yang punya dua personaliti. Ada dunia dia sendiri. Apapun kebenarannya.. hanya Allah sahaja yang tahu. Walau sekalipun dia telah kembali kepada pemilik hatinya yang lama.. mengapa dia tidak beritahu pada aku sendiri. Berterus-terang padaku. Bukan berdiam diri begini. Membuat aku tertanya-tanya… membuat andaian sendiri. Aku takut nanti segalanya menjadi fitnah. Sedang aku sendiri juga dalam fitnah. Pertemuan aku dan dia juga telah menimbulkan fitnah. Aku fikir aku akan mendapat pembelaan dari dia. Tapi aku harus harunginya sendiri. Tak mengapa. Aku masih punya Allah.
A: Pelik!
S: Apa?
A: Antayalah…
S: Yes. And he is unpredictable. Apa maksud dia keluar dengan aku.. bertemu dengan aku di tempat orang mengenali aku kalau dia tidak bermaksud serius dengan aku. Sedangkan yang lainnya sebelum ni.. yang tidak jujur pasti akan menyorok dan pergi jauh dari pandangan dan pengetahuan orang-orang yang aku kenali. Kemudian.. membuat simpanan bersama… dia turuti sahaja kemahuanku.. ikut saja ke mana aku mahu pergi? Kau jawab Sha.
A: Aku? Kau tak tahu.. aku lagilah tak tahu…
S: Betul juga.. buat apalah aku tanya kau kan Sha.. hehe.
A: Tahu tak apa…. kau tanya dialah…
S: J… Dia tak muncul… tak ada sebarang berita.. macam mana nak tanya…
A: Istikarah itu…
S: Segala-galanya jelas.. ketentuan Allah. Hanya Allah yang tahu rahsianya. Aku pasrah dan redha.
A: Antaya?
S: Biarkan dia.. Allah Maha Mengetahui apa yang dia lakukan. Aku tidak mahu terus-terusan berprasangka buruk. Aku takut jadi fitnah. Kau tahukan apa hukumnya.. Allah saja yang tahu.  Biarlah… takpa..
A:  Biarlah.. takpa… huh!
S:  Takpa. Allah ada. “bukankah Allah itu hakim yang paling adil” At-tiin:8.
A:  Kau maafkan dia?
S: J. Aku manusia biasa… Andai Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.. mengapa aku tidak. Kau tahu aku orang yang bagaimana kan… marah aku tak lama Nasha.. tapi aku nak sangat dia datang menemui aku…
A:  Kalau dia kembali padamu.. kau terima dia tak?
S: Hehehehehe.. merepek la kau ni. Dia takkan kembali pada aku. Aku tahu kau nak cakap apa. Tapi semua tu ketentuan Allah kan.. So, biarkan Allah yang tentukan segala-galanya. Telah aku katakan.. ku serah pada Allah.
A:  Selepas apa yang dia buat ni… kau masih sayangkan dia.. cintakan dia?
S: Aku tak pandai berpura-pura Sha… Apa yang keluar dibibir ni.. itulah yang ada dalam hati aku. Kau tahu apa yang ada dalam hati aku kan…. Aku tahu kau boleh membacanya. J..  Sha.. Sayang dan cinta itu dari Allah. Biar Allah yang padamkannya…. Kerana sayang dan cintaku padanya kerana Allah Taala semata-mata. Lillahi Taala.
A:  Kau ni baik hati sangatlah…. Senang-senang je orang ambil kesempatan. Kau lupakan sajalah dia tu..
S:  Bagaimana aku nak lupakan dia… sedangkan dia selalu kata.. Ingat Allah.. Ingat dia.
A:  Hurmm.. tak puas hatilah aku…
S:  J
A:  Senyum pulak…
S:  Allah kan ada..
Aku hanya menggeleng kepala.

******
S:  Nasha.. aku rasakan.. mungkin inilah maksud mimpi istikharah aku yang terakhir tu.
A:  Are you sure?
S:  Mungkin. Allah sahaja yang tahu.
A:  Yup. Allah sahaja yang tahu. Sabar ye. Aku tahu kau tabah.
S:  Tapi….
A:  Kenapa?
S: Aku tak tahan mendengar kebaikan Antaya diambil kesempatan. Hati dan perasaannya dipermain-mainkan. Segala pengorbanannya dijadikan bahan gurauan dan ketawa orang yang tak jujur… orang yang tak tahu bersyukur. orang tu begitu berbangga dengan perbuatannya.
A:  Itu jalan yang dia pilih… kau pekakkan telinga je.
S:  Kau fikir aku boleh?
A: J. Aku tahu kau tak boleh buat tak tahu. Sebab kau akan selalu ambil tahu. Kau sabar ye. Berdoa pada Allah .. mohon kekuatan.. mohon Allah lindungi dia.
S:  J. Insyaallah…
A:  Hahahahaha.. ish.. ish.. ish...
S:  Apsal pulak ni? Tak pasal-pasal ketawa?
A:  Belum jumpa bakal mak mentua dah kena reject. Hahahahahahahaha.
S:  Hehehehehehehe… apa boleh buat.. takdir.
A:  Kena mandi bunga ni beb.
S:  :P. Nonsense!
A:  (^____^) hehehehehehehe.




~BuLaN~ HaTi InI MiLiK ALLAH~

Doa Solat Istikharah; “Wahai Tuhan, Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedangkan aku tidak menngetahui. Engkau mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau mengetahui si fulan/fulanah (sebut nama) baik bagiku dalam agamaku, duniaku dan akhiratku, berikan dia untukku. Jika yang selainnya lebih baik daripadanya bagiku, agamaku, duniaku dan akhiratku, berikanlah yang lain itu bagiku.”

Selepas doa, wirid;

1.       Astaghfirullah al adzhim – 100 kali atau lebih
2.       Selawat nabi – perbanyakkan. Seikhlas hati.
3.       Tidur dan berselawat serta mengiring ke kanan.

*Solat Istikharah; lebih lengkap.. rujuk SOLUSI keluaran April 2012.

~~BiCaRa AkU DaN DiA ~ SoLaT~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, February 19, 2012 |
1Comment

Teringat aku kembali SMS dan perbualan aku dengan si dia… biarlah aku gelar dirinya Insan Misteri (IM).Berkisar tentang solat. Dengan siapa kita mengadap ketika bersolat. Andai kaabah yang kita bayangkan, maka kita menyembah berhala kerana di dalam kaabah tersimpanya berhala-berhala jahiliyah.. Nauzzubillahiminzolid.. tak dapat aku bayangkan… menjaga solat adalah tanggungjawab kita sebagai mukmin. Sesungguhnya solat itu memelihara kita daripada melakukan maksiat. Namun solat yang bagaimana yang boleh menjauhkan kita dari melakukan maksiat. Sedangkan ramai yang solat namun masih melakukan dosa.. masih ingkar pada perintah Allah s.w.t.

“Ya Allah.. ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya tiada yang berhak mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Ya Allah.. janganlah Engkau serahkan diriku ini pada diriku sendiri walaupun sekelip mata dan pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redhai. AMIN.”



IM: solat dengan siapa kita mengadap? Kita tanam azam… tapi bagaimana nak tingkatkan iman?
BC: solat mengadap Allah.. tingkat azam dengan zikir.
IM: Zikir yang bagaimana? Bagaimana Allah tingkatkan iman seseorang?
BC: Solat menjaga kita dari melakukan maksiat.. tapi solat yang bagaimana..
BC: Zikir yang ikhlas… Allah tingkatkan Iman melalui ujian.. dugaan..
IM: Allah menilai zikir kita semua.. sabar itu separuh daripada iman.
BC: Lagi separuh?
IM: Tabah.
BC: Ikhlas.. Jujur.. Setia.. Tawakkal…???
IM: Ya.
IM: Solat itu ada rahsianya.
1-     Niat solat sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2-     Berdiri betul fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3-     Takbiratul ihram fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.
4-     Al-Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5-     Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6-     Iktidal akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika dalam kubur.
7-     Sujud memagar kita ketika menyeberangi titian siratal mustaqim.
8-     Duduk antara dua sujud akan mengibar panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9-     Duduk antara dua sujud (akhir) menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar.
10- Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nakir di dalam kubur.
11- Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12- Salam memelihara kita di dalam kubur. Tertib akan pertemuan kita dengan Allah.

Amati betul-betul doa iftitah dan Al-fatihah.. kedua-duanya ada hubung kait. You think, understand each sentences and search yourself how they are related.

Doa Iftitah: “Allah Yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku. Matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-NYA dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.”

Al-Fatihah:”Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Yang merajai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau telah beri nikmat atas mereka bukan jalannya yang Kau murkai atas mereka dan bukan jalan orang-orang sesat kabulkanlah doa kami.


Kewajipan mendirikan solat telah tercatat dalam Al-Quran. Antaranya;


“Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan” Surah Ibrahim ayat 31.


“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji (zinah) dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain) Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-‘Ankabut ayat 45.


“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” Surah Maryam ayat 59.


“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan salat, yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya. Surah Al-Ma’arij ayat 19-23.


“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Alquran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Surah Al-Muzzammil ayat 20.

Bagaimana nak kusyuk solat? Fahami maksud setiap bacaan dalam solat, zikir dalam hati dan amalkan Surah Al-Kauthar:”Sesungguhnya kami telah memberikan kepada kamu nikmat yang banyak. Maka solatlah kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang Qurban. Sesungguhnya orang yang membencimu dialah orang yang terputus.”

“Berusahalah dengan semaksimum yang mungkin supaya hati dan fikiran benar-benar tertumpu dari awal hingga akhir solat. Ini kerana Allah hanya mencatat bahagian-bahagian solat yang dikerjakan dengan penuh konsentrasi.”

Baginda Rasul berkata kepada Bilal ”Wahai Bilal, tenteramkanlah hatimu dengan sembahyang” sabda Baginda lagi,” ketenanganku ada dalam sembahyang”

Sesungguhnya hidup dan mati kita hanya kerana Allah Ta’ala. Solat itu adalah tiang Agama. Bayankan rumah tanpa tiang. Pastinya rumah tidah dapat berdiri dengan teguh. Begitulah kita. Tanpa solat iman kita akan roboh.. rosak.. kusyuklah apabila melakukan solat. Jangan lupa ikhlas dan redha serta tenangkan hati. Zikrullah dalam hati. Jagalah solat dan jangan tinggal solat yang lima. Lain kali kita cerita tentang zikir pula ye.

BC: (^___^) baiklah. Terima kasih.....

~~BuLaN~~"HASBUNALLAH WA NIKMAL WAKIL"~~

~~HaTiKu MiLiKMu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, February 04, 2012 |
1Comment
Cinta kita harus Berbunga
Di mana-mana
Harus Ceria dan Mesra
Harus Indah dan Damai
Harus Setia dan Bahagia
Harus Segar dan Mekar
Harus Jujur dan Ikhlas
Harus Murni dan Suci di dalam hati


"Serahkan hatimu pada Allah...
baru kau serahkannya pada hambaNYA"
Telah aku cuba sedaya upaya 
Untuk tidak menyayangimu
Untuk tidak mencintaimu
Namun aku tidak mampu 
Menepis semua itu

Saat kau ingin menjauh
Saat kau ingin tinggalkan aku
Mengalir airmataku membasah pipi
Dan saat itu hatiku berbisik
Aku redha atas segala ketentuan Ilahi
Namun aku tidak berdaya
Memadamkan rasa kasih ini

Ingin aku nyatakan
Ikhlas... aku cintai dirimu
namun lidahku kelu
Memandangmu.. aku terdiam seribu bahasa
Sedang hatiku meronta-ronta
Aku tahu.. kau dapat merasakannya
Namun hatimu bukan untukku

Ku Lepaskan kau pergi
Mencari redha Ilahi
Dan aku bersyukur pada Allah
Mempertemukan aku denganmu
Kerana cintaku padamu
Benar-benar telah membuat aku
Sangat-sangat mendambakanNYA

Lalu aku sedari
Inilah Istikharahku yang lalu
Dan ketahuilah
Kasih sayangku... cintaku padamu
Lillahi Taala...
Termakbullah doaku
dan janjiNYA adalah BENAR.


BuLaN~~ SUBHANALLAH~~


Powered By Blogger