“ Bila kita mencintai seseorang..
kita harus bersedia untuk menangis kerana dirinya” Ya. Dan kerana inilah aku rela
membiarkan airmataku mengalir ke pipi.
Yang aku cintai dirimu
Bukan mainan dan bukan paksaan
Perasaan ini kurniaan Ilahi
Telah ku serahkan segalanya pada
takdir
Telah ku panjatkan doa pada Allah
Moga hati ini milikNYA yang abadi
********
Teringat
aku pada petang April yang lalu. Tiba-tiba kak Lin menegurku. Katanya..
“Safiyyah
Nampak lain sekarang.. tak macam dulu.. hidup lebih terurus… ada apa-apa ke?
Ermmm.. ada seseorang yang istimewa barangkali…”
Aku
hanya tersenyum.
“Taknak
cerita ke?”
“Takde
papelah Kak Lin.. Allah bukakan hati saya je.”
“Tak
sudi cerita takpe.. Akak tumpang gembira ”
“Thanks
Kak Lin.”
Maafkan
aku Kak Lin… mulut ini terkunci rapi untuk bercerita tentang ‘dia’. ‘Dia’ yang
telah membawa cahaya dalam hati ini. Biarlah segalanya berlalu.. berlalu begitu
sahaja.
Ku
ingat lagi kata-kata Kak Lin.. “Hidup ini berpasang-pasangan”
Begitulah
ciptaan Allah… “Maha Suci Tuhan
yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang
ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya.” Surah Yasin ayat 36.
“Dia lah yang menciptakan langit dan
bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan
menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi
bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat
keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya,
sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Melihat.” Surah Ass-Syura ayat 11.
Katanya
lagi.. dalam hidup berpasang-pasangan ini, bukan hanya cinta dan kasih saying..
seharusnya hidup ini lebih kepada saling lengkap melengkapi. Ianya penting agar
hidup berumahtangga itu harmoni.. “ Kamu ingatkan aku..aku ingatkan kamu”, agar
sama-sama menuju ke siratal mustakim.. menuju redha Ilahi. Itulah sebeanarnya
kehidupan rumahtangga yang barakah.
Aku
akui kata-kata Kak Lin itu… Ini jalan yang aku pilih. Ini natijahnya. Bukan sengaja
aku biarkan diri ini mencintai dirinya. Namun cinta ini hadir tanpa aku duga. Andai
sebelum ini aku boleh melupakan segala kepahitan tatkala aku dikecewakan. Tapi kali
ini aku merasakan ianya akan sama seperti Amar. 15 tahun aku mengambil masa
untuk melupakan dirinya.. meredhakan segalanya. Kisah akan berulang kembali….
Inilah
yang telah tertulis di luht mahfudz. “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di
bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam
Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu
tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada
kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang
diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang
yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Surah Al-Hadid ayat 22-23.
Dan
aku akui.. aku sedari… aku hanya miliki sayangmu tapi bukan cintamu. Dan kerana
itu aku pendamkan segalanya. Ku biarkan segalanya. Ku ingat kata-kata Kak Lin..
“sayang tak bererti cinta…. Dan .. kalau
ingin berumahtangga.. milikilah dulu cinta jari manisnya.. Insyaallah akan
bahagia”
Mungkin
belum masanya lagi untuk diriku. Allah sahaja yang tahu.
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci
perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan
Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak
gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir
bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang
nyata. Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam,
dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan
kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah
ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan
kepada kamu apa yang kamu lakukan. Dan Dia lah yang
berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu
pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan),
sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu
diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula
(malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Kemudian mereka (yang diambil
nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan
membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum
(pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung.”
Surah Al-An’am ayat 59-62.
Aku
redha ketentuanNYA… “Allah akan gantikan dengan yang lebih baik”
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” Surah Ali Imran ayat 54.
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” Surah Ali Imran ayat 54.
Sabda Nabi s.a.w
‘setiap orang islam yang ditimpa musibah
lalu mengucapkan apa yang diperintahkan Allah iaitu..”Sesungguhnya kami
kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah. Ya Allah,
berikanlah aku pahala kerana musibah yang ku derita dan gantikan yang lebih
baik”.. nescaya Allah akan menggantikan dengan
yang lebih baik.’~~ dari Umu Salamah.
~~BuLaN~~ yang paling penting adalah… ‘Niat yang ikhlas, Iman yang teguh dan Amal
yang baik'
No comments:
Post a Comment