~~DaLaM LauTaN CinTaMu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, December 17, 2011 |
0Comment
~~DaLaM LauTan CinTaMu... aKu HanYa SeTiTis HuJaN~~


Perjalanan hidup harus aku teruskan
Aku bangun meninggalkan masa silam
Masa silam yang penuh kelukaan
Dan tiba-tiba
Langkah ku terhenti di sini
Ada suara yang memanggil ku
Ada tangan yang menyambut ku
Andai ini takdirnya
Aku sudi terima

Antara sedar dan tidak
Banyak janji yang terlafaz
Dua hati dibuai rasa
Jiwa raga dimengerti
Hati budi diselami
Aku redha ketentuannya
Kala cinta berwarna ceria
Aku dikejutkan sang halilintar
Yang membelah langit
Ku lihat mega mendung berarak

Hanyut aku ke tengah lautan
Berarak bersama hujan
Tiada arah yang mahu dituju
Fikiran ku buntu
Naluri ku merintih
Tiada kata pemutus
Ku cari diri ku dalam denyut nadi mu
Ku intai diri ku dalam hati mu
Tidak ku tahu aku di mana

Ku lihat derai hujan yang jatuh
Hilang bersama air laut yang bergelora
Maka mengertilah aku
Hadir ku tidak ku temui
Cinta ku tidak terkesan
Pada secebis hati mu
Kau biar aku dengan persoalan
Sedang kau tahu
Aku pasrah
Segala keputusan mu



~~BuLaN~~Seandainya kau fahami diri ini 
dan mengerti akan isi hatinya~~

~~KiSaH SmS~~

BuLaN CaLLaLiLy | Thursday, December 15, 2011 |
0Comment

~~Ini bukan rekaan semata-mata.. ini kisah benar yg terjadi kat aku malam 14 disember 2011. Tiba-tiba malam tu aku dapat mesej daripada nombor yg tak aku kenali. Kite gelar jew dia mamat….~~

Mamat: ‘nama awak siapa! Ini siapa ini? Umur awak berapa tahun sekarang, umur saya nasrul 27 tahun tau awak. Nama saya nasrul tau awak. Asal awak dari mana sekarang,’

Aku: “mana dpt no nie?”                  

Mamat: ‘nama awak siapa! Ini siapa ini? Umur awak berapa tahun sekarang, umur saya nasrul 27 tahun tau awak. Nama saya nasrul tau awak. Asal awak dari mana sekarang,’

Mamat: ‘Kenapa tak nak balas mesej saya tadi senyap aje awak ni. Awak duduk mana sekarang, asal awak dari mana sekarang! Kampung awak dimana sekarang? Tempat awak dekat mana sekarang.’

Aku: “Bgtaw dlu mana awak dpt no saya ni.”

Mamat: ‘saya dapat nombor awak main tekan2 aje. Nombor dari awak main teka aje tau, I m sorrylah awak! Saya tak sengajalah awak? Awak jum main mesej nak tak.’

Aku: “U doesn’t look like 27 boy. Sori no thanks. I’m working rite now”

~~Pastu mesej yg ni aku dah padam.. yg aku ingat dia cakap..  dia tak paham bahasa inggeris.. dia suh aku tulis melayu.. aku kata kat dia ye betul ke dia 27… aku tak suka kawan dengan org yg tak jujur. Aku tengah keje. Dia siap bg alamat penuh dia kat aku…hehehe..  then..dia cakap.. dia xtipu.. dia jujur.. dia pon xsuka pada org yg tak jujur…  Dia sebok tanya aku keje pew.. tapi aku tak jawap… dia  ajak aku bermesej2… ukkk.. tak kuasa aku beb.. aku sambong ZZZzzzz.. ngantok beb.. esok pepagi ada taklimat kat main office… lebih baik aku buat taik mata.. haha. Kira.. sampai penuh lew inbox aku malam tu. Penuh sebab dia bagi mesej yg sama 2 kali.. sengal!~~

Mamat: ‘ini alamat nasrul tau. Surau haji jamhuri km1/2 jalan datok manan kampong sungai tengi kanan timur baroh 45500 tanjung karang Selangor darul ehsan.’
~~ kalau korang nak berkenalan dgn mamat ni.. korang amik la alamat dia ni.. miahahahahahaha…

~~Sampai 3.30 pagi dia mesej aku… Aku ingatkan mesej2  tu berakhir malam tu gak.. sebab aku tak balas kannnnn… rupa2nya 9.00 pagi 15 Disember aku dapat mesej dia lagi.. Tinggi semangat juang mamat ni kan.. huhuhuhuhuhuhu. Ada gak mesej2 yg sama dia hantar kat aku.. dia tanya kenapa tak balas.. dia sms alamat dia … dia muah2 kat aku… sms yg mula2 dia hantar kat aku pon ada gak.. hehe. Yg kat bawah ni kira mesej yg  dia tak pernah hantar sebelum ni .. last mesej dia dalam jam 11.00 pagi.. macam2 la mamat neh.. hurmmmm.. tak taw la aku nak kata pew.. byk senonyer aku nak kata.. tapi aku takot nanti aku dikata menghina orang lak.. so.. lebih baik aku diam jew lah…~~

Mamat: ‘Saya nak ajak awak masuk meminang nak tak. Saya nak ajak awak kahwin boleh tak, kita berdua tunang dulu ya awak suka tak! Saya suka awak tau? Awak kerja apa sekarang.’

Mamat: I miss you awak. Muah3x untuk awak jugak tau, I love you awak! Saya masih sayang dengan awak tau? Saya rindu sangat dengan awak tau. Kenapa awak tak nak bagi tahu dekat saya,’

Mamat: ‘assalamualaikum hai awak tengah buat apa sekarang? Awak apa khabar sihat tak hari ini, awaksudah makan ke atau belum! Awak sudah tidor kea tau belum. Balas lah mesej saya awa plez. Awak sibuk ke hari ini,’
Mamat: ‘sekejap perempuan sekejap lelaki sekejap manja. Mana yang betul awak, kenapa awak diam? Itulah jangan permainkan orang tau! Orang tak suka tau awak. Apa yang awak rasa.’

Mamat: ‘awak tipu tau. Berdosa besar dan berdosa kecil, apa hukumannya awak? Awak bohong paling besar awak taktakut ke dengan hukumannya dunia dan akhirat samaneraka!’

Mamat: ‘saya masih kerja jual pisang dan berniaga pisang. Dulu saya sekolah rendah sekarang tak sekolah menengah, saya suka awak tau! Boleh tak jumpa saya? Bila nakjumpa awak.’

Mamat: ‘Kenal tak nasrul. Kata awak boleh nak  berkenalan dan berkawan dengan saya, bagilah saya peluang kali ini aje awak! Saya taka da makwelah awak! Saya tak ada awek lah awak?’

Mamat: ‘nama awak siapa! Ini siapa ini? Umur awak berapa tahun sekarang, umur saya nasrul 27 tahun tau awak. Nama sebetulan siapa!’

Mamat:’ Kenapa tak nak balas mesej saya tadi senyap aje awak ni. Awak duduk mana sekarang, asal awak dari mana sekarang! Kampong awak dimana sekarang? Tempat awak dekat mana sekarang.’

Mamat: ‘assalamualaikum hai awak tengah buat apa sekarang. Itu pun kalau awak sudilah dengan saya, boleh tak berkenalan dengan awak! Boleh ke berkawan dengan awak?’

Mamat: ‘ini alamat nasrul tau. Surau haji jamhuri km1/2 jalan datok manan kampong sungai tengi kanan timur baroh 45500 tanjung karang Selangor darul ehsan.’

Mamat: ‘saya nak ajak awak masuk meminang bolehtak. Kita berdua tuning dulu ya awak suka tak?saya nak ajak awak kahwin nak tak, sayasuka awak tau sampai bila2!’

Mamat: ‘Muah3x untuk awak jugak. Saya masih sayang dengan awak tau? Saya rindu sangat dengan awak tau, I miss you awak! I love you awak. Awak dekat mana sekarang,’

Mamat: ‘awak boleh belanja saya topup itu pun kalau awak sudilah. Saya taka da kredit lah awak, saya sudah banyak menyusahkan awak tau? Cepatlah jum jumpa awak naktak! Ambik saya ya awak boleh tak.’

Mamat:‘saya tak ada motor lah awak sorrylah. Saya orang susah saya orang miskin, saya bukan orang senang tau? Saya tak boleh jumpa awak tau ok! Saya tak ada kenderaan lah awak. Macam mana nak jumpa awak!

~~Adoiiiiyaaiiiii.. pape jewlah Nasrol oiiiii…..~~



~~BuLaN~~ hehehehehehehe... abeh kredit arr tuh...~~

~~PeaH dan KunTum~~

BuLaN CaLLaLiLy | Friday, December 09, 2011 |
0Comment

Milah.. seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Menjadi adat, bagi pelajar tahun kedua yang tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menetap di luar kampus. Semester kedua ini, bermulalah hidup Milah menyewa di sebuah apartment bersama rakan-rakan sekampus.

Apartment yang mereka duduki itu masih baru. Masih belum ramai penghuninya. Sebulan sebelum semester bermula Milah dan rakan-rakan telah menetap di situ sebagai persediaan awal. Di samping itu, bolehlah mereka meninjau-ninjau keadaan sekeliling.

Hari itu, cuaca baik sekali. Langit cerah. Sedang Milah menyapu di ruangan jemuran, Milah ditegur oleh seorang pemuda.
"Assalamualaikum... "
"Walaikum salam." jawab Milah.
"Awak.. boleh pinjam penyapu?"
Serba salah Milah dibuatnya. "ermm... boleh hulur kat sini ke?" tanya Milah. Pemuda itu menganggukkan kepala. Milah pun menghulurkan penyapu kepada pemuda yg berada di koridor apartment sambil berkata "jangan lupa pulang tau!"

Petang itu, Milah keluar bersama rakan serumah dan sekelasnya, Jannah dan Maria. Mereka pulang pada lewat petang. Jannah, terkejut apabila mendapati penyapu mereka berada di depan pintu rumah. 
"Oooooh.. budak rumah depan tu pinjam tadi" kata Milah.
"Depan Mana?" tanya Maria. Milah menunjuk ke arah rumah bernombor 16.
"Dah ada jiranlah kita ni?" tanya Jannah. Milah hanya menganggukkan kepala.

*******************

"Apa yang bising-bising tu Jannah? Hang cakap dengan sapa tadi?" tanya Milah selepas dia mendengar suara riuh-rendah Jannah di dapur.
"Cakap ngan jiran kita la.. sapa lagi.. ramah nak mampuih... hehe.. eh Milah! Kita kluaq sat g mau ka?"
"Nak pi mana?"
"Pi pekan la.. aku nak beli barang sikit"
"Boleh lah.. aku pon ada nak beli barang jugak. Maria?"
"Hurmmm.. dia mana ada.. dah kluaq ngan putera raja dia la...."

Milah dan Jannah pun bersiap-siap. Sampai di hadapan rumah jiran baru mereka, mereka disapa oleh salah seorang penghuninya.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikum salam." jawab Jannah.
"Terima kasih ye, sebab bagi kami pinjam penyapu ari tu. Maaf sebab tak sempat nak ucap terima kasih. Awak dah keluar."
"Sama-sama. tak kesah aihh.. janji angpa pulangkan.." Jannah bersuara.
"Ermmm.. alang-alang dah berjiran.. kalau tak keberatan.. nama ape? student jugak kew?
"Saya Peah. student gak." Jawab Jannah.
"Oooo... saya Syam. Yang ni Muiz, Helmi, Johan dan ujung tu Anuar" Hisyam memperkenalkan rakan-rakannya. "Errmmm.. ambil course ape ye?"
"Saya amik course ekonomi" jawab Jannah.
"Kami amik Law.. Kawan Peah ni mesti amik Usuluddin kan.." celah Johan.

"Peah??? macam nama kucing je... ala yang dalam majalah kartun tu.." celah Anuar pula.

"Nama chek la tu.. Nama asli" Kata Jannah.

"Kalau yang ni nama Peah.. Kawan Cik Peah nama pa?" tanya Muiz.
"Kuntum." Jannah menjawab pendek.
"Cam nama majalah lak" kata Helmi. Seisi warga rumah nombor 16 ketawa mendengar kata-kata Jannah.
"Hahahahaha.. angpa ni kelolo la.." Muiz bersuara.
Jannah dan Milah ketawa sama. " Nak buat cammana... dah tu nama kami. Kami mintak diri dulu la noh.. kami nak pi pekan ni" Jannah meminta diri.
"OK. OK. len kali kita sembang lagi noh.. Peah .. Kuntum.." kata Muiz.
"OK. Kami pi dulu" Jannah berlalu. 
"Assalamualaikum..." Milah mohon diri.
"Waalaikum salam" pemuda-pemuda itu menjawab.
Sementara menunggu lif tiba.. Jannah dan Milah mendengar Hisyam dan rakan-rakannya ketawa dan menyebut-nyebut nama Peah dan Kuntum. Masuk sahaja ke lif, Jannah dan Milah pula yang ketawa terbahak-bahak. Gembira dapat memperdayakan pelajar-pelajar jurusan undang-undang tersebut.



~~BuLaN~~hehehehehe.. amekaw!!! 
sampai kesudah angpa xtaw nama betui budak 2 tu~~

~~RiWaYaT CinTa MisHa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, December 04, 2011 |
0Comment
if you're asking if I need You
the answer is FOREVER
if you're asking if I'll leave You
the answer is NEVER
if you're asking what I value
the answer is YOU
if you're asking if I Love You
the answer is I DO

Gerhana yang melanda seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitu la hatiku terasa

Siapa yang rela diri bernafas dalam derita
Dunia ku rasakan jadi sengsara
Di cengkam sedih yang tak terduga

Kemana hilangnya keindahan yang ingin ku pandang
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaaan

Sentuhan mu yg pertama
Bagaikan madu menyirap asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman airmata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajah ku lagi

Sesungguhnya tiada jalan untuk kita bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku






~~BuLaN~ the truth is... I don't want to loose you~~



~~Ku InGin Kau TaHu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, December 04, 2011 |
0Comment

Andai kau bertanya
Mengapa aku cintai dirimu
Andai kau bertanya
Mengapa dirimu amat ku sayangi
Andai kau bertanya
Mengapa aku tidak dapat melupakan dirimu
Aku tidak punya jawapan
Aku tidak punya alasan
Bagi setiap persoalanmu itu

Yang aku tahu
Ku cintaimu Ku sayangimu 
Setulus hatiku
Seperti mahumu
Dan ku sedari diri ini
Apa adanya aku
Tiada rupa tiada harta
Yang ada hanya
Kejujuran dan keikhlasan

Sayang
Tidak pernah aku cintai seseorang
Seperti aku cintai dirimu
Tidak pernah aku titiskan airmata
Saat aku rindukan seseorang
Seperti aku titiskan airmata ini
Saat aku teramat rindu padamu
Tidak pernah aku mendiamkan diri
Saat hati aku tergores
Seperti aku mendiamkan diri kini
Saat kau gores hatiku luka
Saat kau menyepikan diri

Kala rindu aku membara
Kala rindu tidak tertanggung lagi
Aku tidak bisa menyepi diri lagi
Aku rindu suaramu
Aku rindu kata-katamu
Ingatanku hanya padamu
Ku cari dirimu
Ku kejar bayangmu
Walau di mana jua kau berada
Sesungguhnya ku ingin kau tahu
Ikhlas….
Aku Sayang Padamu


~~BuLaN:~semuanya kerana ALLAH TA'ALA~~

~~HanYa Kau BerTahTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Thursday, September 29, 2011 |
0Comment
"meski ku rapuh dalam langkah.. kadang tak setia KEPADAMU..  namun cinta dalam jiwa..  hanyalah PADAMU..  maafkanlah bila hati..  tak sempurna MENCINTAIMU..  dalam dadaku harap hanya..  DIRIMU yang bertahta"
***************

MALAMKU MERINTIH
MERINDU KEKASIH
BETAPA AKU MERASA BAHAGIA
ANDAI AKU TERPILIH
AKULAH WANITA ITU
YANG MENGHITUNG HARI
DIJEMPUT KEKASIH
KEMBALI PADANYA

DALAM DETIK DAN WAKTU
YANG KIAN SINGKAT
DEBARANKU KIAN KENCANG
RASA KHUATIRKU MENEBAL
APAKAH AKU AKAN DITERIMA
LANTARAN MENYEDARI DIRI INI
SERING MELAKUKAN KESALAHAN

KEKASIH
DENGARKANLAH PENGAKUAN INI
AKU CURANG PADAMU
KERNA MEMANDANG CINTA DUNIAWI
AKU KHIANATI CINTAMU
BILA KU LEKA DENGAN LARANGANMU
AKU MUNGKIRI JANJI PADAMU
KALA AKU MENGABAIKAN SURUHANMU

KEKASIH
AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSAKU
KASIHANILAH AKU DAN LIMPAHKANLAH
AKU DENGAN KURNIAMU
LINDUNGILAH AKU DARI AZABMU
JANGAN SESEKALI PALINGKAN 
HATIKU PADA YANG LAIN
HANYA ENGKAU KEKASIH BERTAHTA
SESUNGGUHNYA DARIMU AKU DATANG
DAN KEPADAMU AKU KEMBALI

~~BiCaRa CinTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, September 14, 2011 |
0Comment

Selepas Allah dan Rasul, selepas Al-Quran dan Hadis.... Sayang adalah segala-galanya.



Setiap percintaan ada dugaannya... ada masalahnya.. dan dugaannya pula ada yang maha hebat. Selepas ikatan tercipta, dugaannya lebih hebat. Bergantung pada diri kita, kekuatan rohani dan jasmani kita untuk mengharunginya. Dan segala-galanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Begitu juga perjalananan cintaku. Aku memulakannya dengan KEJUJURAN. Itu ku susulkan dengan KEIKHLASAN hati. Ikhlas menerima dirimu seadanya. Seterusnya lahir KESETIAAN antara kita. Aku tidak memandang yang lain. Hanya dirimu kini bertakhta dihati ini. KASIH SAYANG telah bersarang dihati. Dan ia mencambahkan CINTA dalam hati. Inilah cinta tulus ku padamu. Cinta yang seterusnya mewujudkan ikatan JANJI dan kadang kala ia hadir tanpa kita sedari. Di situ, menyemarakkan rasa CEMBURU, menghidupkan naluri TANGGUNGJAWAP, TOLAK ANSUR antara kita, mewujudkan PERSEFAHAMAN dan mencapai KESERASIAN. Menuju kita hidup yang HARMONI... BAHAGIA yang kita cari.

Bagiku, segalanya bermula dengan KEJUJURAN. Sayang, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku redha dengan segala ketentuan Tuhan. Ku terima diri mu seadanya, segala kekurangan dan kelebihanmu. Dan aku berharap begitu juga dirimu. Menerima diri ini seadanya.. dan sedia terima segala kekuranganku. Dan ketahuilah bahwa CINTAKU TAK BERSYARAT. Telah juga aku redhakan segalanya atas dirimu sayang, kerana sesungguhnya aku amat mennyayangi dan mencintai dirimu.

MENERIMA DIRIMU SEADANYA KAMU
MENYAYANGI DIRIMU ADALAH AKU
MENJAUH DARIMU ATAS KEHENDAKMU
MELUPAKAN DIRIMU BUKAN AKU
DI SEGENAP DIRIKU ADA KAMU
KU CINTAI DIRIMU SEUMUR HIDUPKU


~BuLaN~ BuKan CinTa Biasa JiKa Kamu Yg MeMiliKi~

~~SeaDanYa aKu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, August 24, 2011 |
0Comment


Secebis KASIH membuat kita SAYANG
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA
Sekecil LUKA membuat kita KECEWA
Tapi sebuah PERCINTAAN selamanya BERKESAN DIJIWA

**********************
Ada berjuta bintang.. tapi bulan hanya ada satu.. 
Ada ramai kenalan.. tapi yang terbaik hanya kamu..
Melupakan aku.. terpulang padamu..
Namun melupakan dirimu mustahil bagiku.. 
Jika aku telah tiada nanti.. 
Pandanglah bintang yang paling terang.. 
Percayalah bahawa dirimu akan ku ingati dan cintai selalu..
 Dan aku berharap kau akan bahagia sentiasa.

**********************

WHEN I FIRST SAW YOU, I WAS AFRAID TO MEET YOU
WHEN I FIRST MET YOU, I WAS AFRAID TO HOLD YOU
WHEN I HELD YOU, I WAS AFRAID TO KISS YOU
WHEN I FIRST KISSED YOU, I WAS AFRAID TO LOVE YOU
NOW THAT I LOVE YOU, I’M AFRAID TO LOSE YOU

***********************

Cinta itu milik Tuhan
Siapalah aku
Ingin memiliki keindahan cinta itu
Cinta itu penuh kesucian
Sedang aku hanya insan biasa
Yang serba kekurangan
Aku tidak secantik Ratu Balqis
Yang menjadi idaman Raja Purbakala
Aku tidak sesuci dan semurni Siti Aisyah
Jauh sekali semulia Siti Khadijah
Aku tidak warak seperti Rabiatul Adawiyah
Jauh sekali segigih Fatimah Az Zahrah
Aku insan yang tak sempurna
Yang aku ada hanyalah
Sebuah kejujuran dan keikhlasan
Yang menjadi landasan
Dalam meniti kehidupan ini
Ku cekalkan hati
Untuk menjadi setabah Siti Maryam
Kukuatkan semangat
Untuk menjadi seteguh Siti Hajar
Namun ada kalanya aku tewas
Dalam percaturan diri sendiri
Aku gagal dalam mentafsir
Setiap langkah yang ku atur
Aku tidak dapat menjadi segagah Tun Fatimah
Apa lagi secekal Tun Teja
Jiwaku amat rapuh menghadapi dugaan dunia
Terleka dibuai cinta duniawi
Akhirnya kau rebah menghadapi realiti
Kini aku bangkit semula
Memiliki secebis sifat dan sikap srikandi
Sudah memadai bagi ku
Inilah aku seadanya manusia
Aku tidak bisa membohongi diri sendiri
Apa lagi menjadi manusia hipokrit
Yang penuh kepura-puraan
Akan kulakukan semuanya kerana Allah Ta’ala
Demi sebuah cinta hakiki yang amat Agung
Kerana janjiNya adalah benar


~~BuLaN~~ aku wanita biasa~~

~~CinTa... Ku InGiN BaHaGia~~

BuLaN CaLLaLiLy | Tuesday, August 09, 2011 |
1Comment


Dia pernah berkata
Aku takkan temui bahagia
Selain darinya
Saat aku meninggalkan dirinya
Ketika lukaku kian parah

Mereka pernah berkata
Aku akan temui bahagia
Bersama insan lain
Saat mereka meninggalkan aku
Membuat aku semakin terluka

Kau pernah berkata
Kau akan membuat aku bahagia
Sehingga ke hujung nyawa
Menjadi yang terbaik
Dalam hidupku semampumu

Hakikat ku lalui
Kutinggalkan dirinya
Kerana aku
Tidak mahu lebih terluka
Tidak mahu lebih kecewa
Tidak mahu hidup terseksa
Menanggung derita
Jiwa dan perasaan

Dalam perjalanan mengubati luka
Aku temui mereka
Yang mahu aku lebih bahagia
Bersama yang lain
Sedang mereka sendiri tidak tahu
Apakah aku akan bahagia
Yang pasti
Lukaku semakin parah

Kau hadir beriku senyuman
Jiwaku rasa tenang
Perasaanku rasa damai
Namun mengapa
Jauh disudut hatiku
Masih terasa pedih
Terasa seksaan yang amat mendalam
Jiwaku semakin merintih

Semakin aku menyayangimu
Semakin hatiku rasa pilu
Bagai dihiris sembilu
Semakin jiwaku merintih
Semakin aku menyintaimu
Semakin aku menangis
Bagai luka berdarah kembali
Sedangkan bibirku menyulum senyuman

Cinta
Bukan aku tidak bahagia disampingmu
Bukan aku tidak redha hatiku dimilikimu
Namun aku sendiri tidak tahu mengapa
Mungkin aku takut
Akan kehilanganmu
Takut terluka untuk kesekian kalinya
Luka yang pasti tiada penyembuhnya

Tolonglah aku cinta
Jangan sakiti diriku lagi
Ubatilah kelukaan ku ini
Jangan biarkan ia semakin parah
Bawalah aku menuju bahagia
Yang pernah kau janjikan
Aku pastikan menurutimu
Kerana aku cintakanmu


~~BuLaN DiTuTuP aWaN~~

~~MengGengGaM aWaN~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, July 16, 2011 |
0Comment

Kau mengiringi
Setiap langkahku
Dalam sedar dalam lenaku
Dalam sakit dalam warasku
Dalam suka dalam dukaku
Kau sentiasa ada

Kau lindungi aku
Dari terik mentari
Kau hadiahkan hujan
Saat aku kehausan
Saat aku perlu
Kau sentiasa ada

Kau curi hatiku
Kau buat aku rindu padamu
Kau buat aku dambakanmu
Kau tiupkan kasih sayangmu
Kau semai cintamu dalam jiwaku

Namun kau nun jauh di sana
Tak dapat ku sentuh
Tidak tergapai dek tangan
Jauh sekali menggenggam
Hanya bisa ku pandang

Saat cinta membara
Saat kasih menyubur
Saat rindu menyelubungi jiwa
Ku sangsikanmu
Kerna takut kehilanganmu

Tak dapat ku bayangkan
Andai aku kecundang lagi
Tak sanggup ku lalui
Kelukaan ditinggal pergi
Ketika cinta menghuni diri

Peluklah daku awan
Jangan pernah melepaskan
realitikan segala impian
Patrikan ikatan janji
Hidup mati seabadi




~~BuLaN~~MenJeJaK aWaN~

~~aNDainYa LeLaKi TaHu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, July 11, 2011 |
0Comment


Andainya lelaki tahu
Dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk disayangi
Ada rasa untuk diberi perhatian
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya


Andainya lelaki tahu
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk
Marah seorang perempuan perlu didekati
Sedih seorang perempuan perlu didengari
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi


Andainya lelaki tahu
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh
Bukan jua untuk dimanjai
Hanya perlukan sedikit perhatian
Agar rasa kasih itu terasa wujud
walaupun saat berjauhan


Kerana andainya lelaki tahu
Hati itu akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan
Wujudkah cinta itu dihati lelaki
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sebagaimana mekarnya cinta itu
Tetap dihati seorang perempuan
Biarpun berkali ombak menghempas
Takkan sesekali pantai itu berubah


~~BuLaN~~ PuiSi oLeH ~~
~~SHaH PuTra a.k.a PeRinDu KeSePiaN~~
11 JuLai 2011~~2.23pm
Powered By Blogger