~~PeaH dan KunTum~~

BuLaN CaLLaLiLy | Friday, December 09, 2011 |
0Comment

Milah.. seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Menjadi adat, bagi pelajar tahun kedua yang tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menetap di luar kampus. Semester kedua ini, bermulalah hidup Milah menyewa di sebuah apartment bersama rakan-rakan sekampus.

Apartment yang mereka duduki itu masih baru. Masih belum ramai penghuninya. Sebulan sebelum semester bermula Milah dan rakan-rakan telah menetap di situ sebagai persediaan awal. Di samping itu, bolehlah mereka meninjau-ninjau keadaan sekeliling.

Hari itu, cuaca baik sekali. Langit cerah. Sedang Milah menyapu di ruangan jemuran, Milah ditegur oleh seorang pemuda.
"Assalamualaikum... "
"Walaikum salam." jawab Milah.
"Awak.. boleh pinjam penyapu?"
Serba salah Milah dibuatnya. "ermm... boleh hulur kat sini ke?" tanya Milah. Pemuda itu menganggukkan kepala. Milah pun menghulurkan penyapu kepada pemuda yg berada di koridor apartment sambil berkata "jangan lupa pulang tau!"

Petang itu, Milah keluar bersama rakan serumah dan sekelasnya, Jannah dan Maria. Mereka pulang pada lewat petang. Jannah, terkejut apabila mendapati penyapu mereka berada di depan pintu rumah. 
"Oooooh.. budak rumah depan tu pinjam tadi" kata Milah.
"Depan Mana?" tanya Maria. Milah menunjuk ke arah rumah bernombor 16.
"Dah ada jiranlah kita ni?" tanya Jannah. Milah hanya menganggukkan kepala.

*******************

"Apa yang bising-bising tu Jannah? Hang cakap dengan sapa tadi?" tanya Milah selepas dia mendengar suara riuh-rendah Jannah di dapur.
"Cakap ngan jiran kita la.. sapa lagi.. ramah nak mampuih... hehe.. eh Milah! Kita kluaq sat g mau ka?"
"Nak pi mana?"
"Pi pekan la.. aku nak beli barang sikit"
"Boleh lah.. aku pon ada nak beli barang jugak. Maria?"
"Hurmmm.. dia mana ada.. dah kluaq ngan putera raja dia la...."

Milah dan Jannah pun bersiap-siap. Sampai di hadapan rumah jiran baru mereka, mereka disapa oleh salah seorang penghuninya.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikum salam." jawab Jannah.
"Terima kasih ye, sebab bagi kami pinjam penyapu ari tu. Maaf sebab tak sempat nak ucap terima kasih. Awak dah keluar."
"Sama-sama. tak kesah aihh.. janji angpa pulangkan.." Jannah bersuara.
"Ermmm.. alang-alang dah berjiran.. kalau tak keberatan.. nama ape? student jugak kew?
"Saya Peah. student gak." Jawab Jannah.
"Oooo... saya Syam. Yang ni Muiz, Helmi, Johan dan ujung tu Anuar" Hisyam memperkenalkan rakan-rakannya. "Errmmm.. ambil course ape ye?"
"Saya amik course ekonomi" jawab Jannah.
"Kami amik Law.. Kawan Peah ni mesti amik Usuluddin kan.." celah Johan.

"Peah??? macam nama kucing je... ala yang dalam majalah kartun tu.." celah Anuar pula.

"Nama chek la tu.. Nama asli" Kata Jannah.

"Kalau yang ni nama Peah.. Kawan Cik Peah nama pa?" tanya Muiz.
"Kuntum." Jannah menjawab pendek.
"Cam nama majalah lak" kata Helmi. Seisi warga rumah nombor 16 ketawa mendengar kata-kata Jannah.
"Hahahahaha.. angpa ni kelolo la.." Muiz bersuara.
Jannah dan Milah ketawa sama. " Nak buat cammana... dah tu nama kami. Kami mintak diri dulu la noh.. kami nak pi pekan ni" Jannah meminta diri.
"OK. OK. len kali kita sembang lagi noh.. Peah .. Kuntum.." kata Muiz.
"OK. Kami pi dulu" Jannah berlalu. 
"Assalamualaikum..." Milah mohon diri.
"Waalaikum salam" pemuda-pemuda itu menjawab.
Sementara menunggu lif tiba.. Jannah dan Milah mendengar Hisyam dan rakan-rakannya ketawa dan menyebut-nyebut nama Peah dan Kuntum. Masuk sahaja ke lif, Jannah dan Milah pula yang ketawa terbahak-bahak. Gembira dapat memperdayakan pelajar-pelajar jurusan undang-undang tersebut.



~~BuLaN~~hehehehehe.. amekaw!!! 
sampai kesudah angpa xtaw nama betui budak 2 tu~~

No comments:

Powered By Blogger