~~aDuHai SaYanG~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 30, 2011 |
0Comment
Aku Iwan… siapa tak kenal aku.. semua orang kampung kenal.. anak En. Badrul antara orang yang berada dan punya nama di kampung ku. Yang paling penting, aku adalah jejaka paling kacak di kampung ku. Sebut saja Iwan.. semua anak dara di kampung Kubang Bemban kenal. Hero kampung la katakan… jadi rebutan sang dara..

Tapi bukan kisah ini yang hendak aku ceritakan. Aku hendak berkongsi tentang cerita ku di Kuala Lumpur. Pada suatu hari tu, aku mengikut sepupuku, Lokman pulang ke Kuala Lumpur selepas peperiksaan SPM tamat. Aku bercadang-cadang mahu mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Bukan sebab tak mampu. Tapi untuk menimba pengalaman.

Sepupuku menetap di Pantai Dalam. Sebulan menetap di situ aku masih belum mendapat pekerjaan.. masih mencari pekerjaan yang sesuai. Sedikit pun aku tak bimbang, sementelah semua perbelanjaan bapaku yang tanggung…. Hehehehehe

Nak dijadikan cerita.. satu malam tu aku hendak ke kedai runcit yang terletak berhampiran dengan rumah sepupuku. Aku terlihat seorang dara. Terpesona aku melihat keayuan wajahnya.Dalam hati ku berkata-kata.. ermmmm buat awek bagus nih!!! Hatiku berbunga-bunga nak berkenalan dengannya. Ku amati wajahnya, aku yakin tak pernah terlihat bayangnya di sini. Si gadis membonceng motosikal. Berbaju t-shirt merah dan berseluar track hitam. Dia tampak manja. Lelaki yang bertubuh besar, tinggi, berbaju melayu dan berkain pelikat itu, aku kira ayahnya. Ku beri salam pada ayahnya..
“Assalamualaikum pakcik”….
“Waalaikumsalam…” pakcik tu menjawab dan berlalu masuk ke kedai runcit.
Ku pandang si gadis… “hai dik..” aku menyapa.
Si gadis, memandang aku pun tidak.. apalagi menjawab teguranku.
Aku berlalu masuk ke kedai.. di perjalanan, aku bertembung dengan ayahnya.. lalu ku laungkan..
“Kirim salam kat anak ye pakcik!” Pakcik tu berlalu sambil menjawab salam.

Sombong la pulak minah ni.. dah lah tak penah nampak kat area nih. Aku panggil si gadis itu si jelita sahajalah.. memandangkan nama pun aku tak sempat nak tanya…. Aduhaiiii... Sepupuku hanya ketawa bila aku ceritakan perkara ini padanya. Cerita ini tidak habis di sini sahaja. Seminggu selepas itu, sepupuku mengajak aku menyertai gotong-royong di kawasan kejiranan. Dalam kesibukan membersih kawasan kejiranan itu aku terpandang akan si jelita. Ku tepuk bahu sepupuku dan ku tunjuk ke arah si jelita.. tiba-tiba sahaja sepupuku ketawa terbahak-bahak.. aku kehairanan…

Sekali lagi aku pulang dalam kehampaan… nama si jelita masih menjadi tanda tanya. Malam itu sepupuku memanggilku.. dengan muka merajuk aku duduk di sebelahnya. Dia pun memulakan bicara. Katanya, nama si jelita Umairah. Aku tersenyum lebar…
“tak abes lagi….” Kata sepupuku.
“ dia isteri abang Adnan, Ketua Angkatan Pemuda kawasan kejiranan ni”
Ku kerutkan muka.. “ takkan kot!!! Umairah tu nampak muda sesangat la Man! Berapa umur abang Adnan tu? Kena kawen paksa ke.. apa?”
Sepupuku ketawa .. “ hahahaha.. ade-ade jew ko ni… ko jangan tak tahu kak Umairah tu dah 26 tahun, abang Adnan tu 29 tahun”
“Biar betul!! Aku ingatkan sweet seventeen…” aku menggelengkan kepala…
Serius aku katakan si jelita yang berjaya memikat hatiku itu tampak lebih muda daripada usianya yang sebenar. Sepupuku pulak tak habis-habis memerliku.. “Aduhaiiii sayang… sekali bini orang daaaa…..kih kih kih!!!” Huh!!!!




Gratisan Musik

~~BuLaN~~ aDeYyyyhhhhh~~

~~BLueBeRRy CHeeSe TarT~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 30, 2011 |
0Comment


PasTri

Bahan-bahan;
250g tepung gandum
1 camca besar gula kastor
secubit garam
125g mentega
1 biji telur
1-2 camca susu segar

Kaedah menyediakan;
Tepung diayak  bersama dengan garam. Gaul serta ramas tepung dangan mntega hingga menyerupai serbuk roti. Masukkan telur, gula kastor dan susu. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh setengah jam sebelum dibakar dalam loyang yang dikehendaki. Pastri ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis tart.

FiLLinG

Bahan-bahan;
250g Cream Cheese 
(Tatura lebih sedap)
120g mentega
1/2 cawan gula ising
1 sudu teh kecil perahan lemon 
(limau kasturi/oren sunquick pun boleh digunakan)
Blueberry filling secukupnya

Kaedah membuat tart;
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. (kecuali blueberry filling). Dengan menggunakan whisker, putar hingga craemy. Paipkan adunan ini kedalam pastri yang telah disediakan dan diletakkan sedikit blueberry filling. Bakar selama 5 minit pada suhu 150'C sehingga bahagian atas agak kekuningan. Angkat dan hidangkan.




Gratisan Musik

~~BuLaN~~nYum..nYum..  my favourate~

~~aKu PeRmaTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Sunday, May 29, 2011 |
0Comment
Moga bintang yang bersinar menjadi milikku jua... 
amin....


Terdampar jauh dihempas badaiku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempoh dalam mencari jawapan

Disudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Untuk bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh
Memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin
Kini mekar bunga indah
Tinggallah memori
Terpahat di dalam dakap
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Untuk bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin
merasa kemanisan hidup
Di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Untuk bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

~~by Salma Mentor 5~~



 ~~BuLaN~~ I LoVe ThiS SonG~

~~TuHaN... BeRi aKu CinTa~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, May 28, 2011 |
0Comment
'Semakin kuat kita berlari mengejar kasih sayang ....maka akan semakin jauh ia meninggalkan kita. Jangan cuba mengejar nya....pikat lah ia agar ia datang dengan sendirinya.'

~TuHaN... BeRiKanLaH aKu CinTa~


Bibir mengukir senyuman
Hilai ketawa kedengaran
Bukan tanda aku bahagia
Aku hanya berpura-pura
Aku hanya bersembunyi
Di sebalik derita hati
Aku tampak bahagia
Dalam dunia fantasi
Ciptaanku sendiri
Sedang kala aku sendirian
Airmata menjadi teman setiaku
Tiada siapa yang tahu

Ada rahsia yang tersimpan rapi
Nun jauh di sudut hati ini
Sejarah silam yang menyakitkan
Meruntun jiwa dan perasaan
Tidak mudah untuk aku melupakan
Jauh sekali meredhakan
Hati ini dihiris bagai sembilu
Namun luka tidak berdarah
Parut jua tidak kelihatan
Berkurun lama tersimpan
Tidak pernah ku temui jawapannya
Bagaimana untuk aku melupakan segalanya
Jauh sekali cuba untuk mengubatinya
Tiada siapa ambil peduli

Ku menyusuri kehidupan ini
Ku redah ranjau onak dan duri
Ku lewati dusta dan nista
Ku cuba bina mahligai bahagia
Namun aku tertewas
Antara cinta dan kasihan
Antara penghormatan dan pengkhianatan
Lalu ku tinggalkan segalanya
Membawa sisa-sisa harapan
Tidak mahu aku berpaling lagi
Mengingati keperitan semalam
Entah sampai kapan aku harus begini
Entah bila akan ku ketemu bahagia
Ketemu cinta sejati ku
Aku pun tak tahu

Semakin aku tercari-cari cinta
Semakin aku gagal menggapainya
Lalu aku biarkan saja semuanya berlalu
Aku redha dengan ketentuan yang mendatang
Aku terima segala pemberianMu
Berlari untuk menjauh pun tidak
Apalagi mengejarnya
Hanya doa ku panjatkan
Hanya restuMu yang ku pinta
Moga aku dikurniakan cinta
Moga aku temu bahagia
Moga aku bisa lupakan segala derita







Gratisan Musik

~~BuLaN~~ aKu PasRaH~~

~~C.I.N.T.A~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, May 28, 2011 |
0Comment
‘Cinta’ satu ungkapan yang punya pelbagai rahsia, yang kadang-kadang menjadi tanda tanya, yang melahirkan sejuta rasa. Apakah itu cinta?


Tiada satu jawapan yang pasti tentang cinta. Namun ungkapan-ungkapan cinta meniti dibibir setiap  insan tidak kira usia , pangkat, rupa dan darjat. Cinta bisa melangkaui darjat.. melangkaui masa.. melangkau usia.. melangkau zaman dan melangkau benua… di mana-mana sahaja ada cinta. Cinta sesuatu yang ‘universal’ .. sesuatu yang subjektif.. lahir dari hati, tanpa perlu ada paksaan. Malah ada yang sanggup berkorban demi kerana cinta. Korban nyawa, jiwa dan raga. Namun yang aku tahu cinta abadiku hanya milik Allah. Di sini aku kuburkan cinta abadi hanya padaMu.. sang pencipta alam. Moga kasih dan cinta ku takkan pernah padam.

Cinta duniawi.. milik insan.. cinta pada sang kekasih.. ibu dan bapa.. anak-anak.. keluarga.. cinta sesama manusia... cinta pada harta.. cinta pada dunia.. Cintaku padamu kekasih hatiku... tidakku tahu sampai bila.. sampai ke mana.. namun aku sentiasa berdoa.. agar kita saling setia… agar cinta dan kasih sayang kita akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sayang, aku amat menyayangi dirimu dan aku tidak sanggup kehilangan dirimu.. aku amat berharap agar kau setia disampingku.. akanku cuba membahagiakanmu… tahukah kau sayang, saat kau menerima cintaku ingin rasanya ku perkhabarkan pada dunia bahwasanya kau milikku.. agar tiada sesiapapun cuba mendekatimu. Ingin ku tuliskan diruangan-ruangan akhbar kau lah cinta hatiku.. Ingin ku laungkan di persisiran pantai.. ingin ku jeritkan aku cinta padamu… inginku beritahu pada semua isi hatiku.. aku begitu bangga dapat memiliki hatimu dan dirimu.

Sedaya mampu aku cuba membahagiakanmu.. senyuman dibibirmu penguat semangatku meneruskan perjalanan hidup ini. Aku bahagia kini. Aku jua harap kau bahagia. Kerna kau dan cahaya mata kita adalah segala-galanya bagiku. Bila teringat kisah-kisah lalu.. aku tersenyun sendirian.. sesekali ingin ku ulangai peristiwa-peristiwa lalu. Kita berdua.. berjalan-jalan di persisiran pantai melihat matahari terbenam.. menunggang motosikal bersama.. kala aku dengan perangai nakalku, kau cubit pehaku.. bahagianya kita saat itu sayang... Namun aku pasti kita lebih bahagia kini.. dengan keluarga yang lebih besar.. onak dan duri telah kita lalui bersama.. pahit manis , suka duka kehidupan telah mematangkan kita. Semuanya telah menjadi pelangi yang mewarnai kehidupan kita.

Sayang, aku ingin memohon maaf andai gurauanku selama ini mengecilkan hatimu… kadang-kadang aku suka melihat kau tersipu malu.. aku suka melihat rajukmu.. dan aku paling suka melihat kau tersenyum dan ketawa. Bagiku, hidup tanpa senda gurau takkan ceria... hubungan tanpa tawa dan senyuman akan hambar... ‘laugh and smile coloured our life... it's a rainbow in our life...’ ia mengeratkan dan penguatkan hubungan kita... dan perasaan marah akan hilang bila kita teringat akan gurau senda kita.

Sayang, aku ingin buktikan segala-galanya. Namun aku tak berdaya menggapai bintang dilangit tinggi.. tak mampu memintal buih... tak punya kuasa menghadiahkan permata  dasar laut  sebagai tanda cintaku padamu. Kerana aku hanya insan biasa… Akanku laksanakan yang termampu. Aku mahu kau tahu betapa aku amat mencintai dan menyayangimu. Aku mahu kau melihat, mendengar dan merasai kasih sayang serta cintaku. Sesungguhnya kau lah segalanya bagiku.

Walau apa pun terjadi, aku amat berharap kau terima seadanya... redha dengan ketentuanNya.... Kerana kita telah ditakdirkan bersama…. Dan ketahuilah sayang bahawa… Hanya Allah s.w.t. yang tahu kenapa dan mengapa sesuatu hubungan itu terjalin... padanya ada rahsia, nikmat dan hikmah.... Terima kasih sayang, atas segala pengorbananmu..


~~BuLaN~~ semoga sahabat ku ini bahagia selamanya  
disamping isteri tercinta dan anak-anak.. 
~nukilan ini khas untukmu wahai sahabatku~

~~HanYa SaYanG~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, May 28, 2011 |
0Comment
“Aku tahu kau sukak sama aku.. tapi kenapa kau tak cakap.. kalau aku terlepas ke tangan org laen macam mana??? Cuba kau ceritak sama aku…” kuang.. kuang.. kuang..

**************

Safiyyah merenung jauh. Memikirkan tentang kata-kata Aidil petang tadi. Bukan niatnya untuk melukakan dan mengguris hati Aidil. Semuanya sudah terlewat. Hatinya telah diserahkan kepada kekasih hati. Hatinya milik orang lain. Bukan milik Aidil. Walau Aidil tidak berterus terang, tapi Safiyyah tahu. Hati Aidil terluka. Bersemuka dengan Aidil. Hati Safiyyah berdetik. Tidak bijak untuk bersemuka dengan Aidil disaat-saat ini. Namun sesuatu perlu dijelaskan. Aidil perlu tahu isi hatinya. Safiyyah akur. Aidil pasti tidak mahu bersemuka dengannya selepas apa yang berlaku petang tadi. Yes. Safiyyah mencapai notebooknya. Email dibuka..

@@@ Kehadapan sahabatku Aidil. Terlebih dahulu aku memohon maaf andai apa yang ingin aku coretkan ini akan mengguriskan hatimu. Sesungguhnya kau perlu tahu semua ini. Andai kau tak pernah mahu memulakan, biarlah aku yang mengakhirinya. Mengakhiri semua pertelingkahan kita. Aku tidak mahu persahabatan ini sampai di sini sahaja. Sebuah ikatan persahabatan itu tidak seharusnya ada akhiran.

Aidil… kau perlu tahu bahawa lafaz cinta bagi wanita timur adalah milik lelaki… lelaki yang perlu melafazkan kata-kata pertama cinta. Tidak kisah lah bagaimana lafaz itu.. “awak.. saya suka awak..” … “awak… saya sayang awak”… “awak.. saya cintakan awak..”… “awak…nak tak kita couple”… “awak… nak kawen ngan saya tak??”. Bunyinya kelakar.. tapi inilah hakikatnya.

Namun adakalanya kalau kita sukakan seseorang... Kita perlu melafazkannya. Aku tidak menafikannya Lebih baik melafazkannya daripada menyesal kemudian hari. Walau ramai yang tidak kisah kini.. siapa yang perlu melafazkannya namun hati seorang wanita tetap sama.. masih mahu lelaki yang memulakan. Lafaz pertama tetap milik seorang lelaki.

Begitu juga aku. Lafaz itu bukan milikku. Aku wanita biasa.. yang serba kekurangan. Andai kau sudi terima seadanya aku. Andai kau sudi mencintai diriku ini bukan kerna paras dan rupa kerana aku tidak miliki semua itu. Andai kau sudi menghulur tanganmu untuk genggam erat tanganku dan takkan pernah melepaskannya. Andai kau sudi menjaga diriku dan keselamatanku seumur hidupku. Aku rela bersamamu. Aku rela menyambut tanganmu. Aku sudi menjadi kekasih hatimu. Aku redha dengan ketentuan ilahi.

Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku percaya itu. Lalu aku terima segala ketentuannya. Kau pula sering mendugaku.. walau bisa ku baca isi hatimu melalui kata-katamu.. namun, aku tak mahu membuat kesimpulan sendiri.. aku takut untuk mentafsir kata-katamu. Lalu kuserahkan hati ini pada yang sudi.. maafkan aku.. hatiku lebih dekat padanya. Sedang dirimu kian menjauh… dan kini aku bahagia disampingnya. Aku tahu kau terluka. Aku tahu kau terkilan. Namun kau perlu tahu bahawa sesuatu peluang tidak datang selalu, belajarlah untuk menerima seadanya dan bukan mencari kesempurnaan. Bagiku, cerita kita berdua umpama kisah dongeng sahaja. Dirimu enggang sedang aku pipit. Kau merak aku gagak. Aku sedar semua itu. Walau kau selalu berkata padaku dunia kini telah berbeza tapi tahukah kau bahawa isi alamnya tetap sama…

Aidil.. walau apa pun yang telah dan pernah terjadi antara kita, aku tetap sayang kamu sebagai seorang sahabat. Aku tetap akan menjadi sahabat mu yang terbaik dan akan sentiasa mendoakan kebahagianmu dunia dan akhirat.@@@

Butang 'send' ditekan. Safiyyah berdoa semoga Aidil fahami segalanya…semoga Aidil menerima Melissa yang mencintai Aidil sepenuh hatinya…

*************


~~BuLaN~~ segalanya terserah padamu..

~~YanG SemPuRnaKaNKu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 16, 2011 |
0Comment
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sikapilah para wanita dengan baik.” 
(Hadith Riwayat Al-BuKhari)

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi dihatimu


~~Sixth Sense~~

"ek... macam lagu Syakir jew... lelaki  perempuan... lelaki perempuan"
"siape lelaki? "
"Syakir..."
"siapa perempuan?"
"ummi..."

"lelaki pakai baju badman... perempuan pakai baju cantik.."

BuLaN ~~ Syakir... Bijak... Bijak...


~~FesYeN BaRu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 16, 2011 |
0Comment
Begitulah katanya... mengurat fesyen baru.... alaf baru... mengurat zaman IT... zaman cyber.... bukan macam zaman Kassim Selamat dan Sabariah... mintak orang lain menyamar.... this one... direct to the point... takde kias-kias... terus terang jew... senang.... you go straight, don't belok-belok... ekekekekeke..

Anyway, 1st time I heard this song... I falling in LOVE....

~~SAAT KAU JAUH~~

Baru sebentar saja
Kau bergegas meninggalkanku
Rasa rindu padamu
Kini bersarang dibenakku

***

Cinta itu anugerah
Yang tak mungkin mudah
Ku melepaskannya

Walau seribu rintangan
Tak gentar ku untuk
Menjalani semua denganmu

Dengarkanlah aku yang setia di hatimu
Kehadiranmu sungguh berharga bagiku
Maka jangan terlalu lama engkau jauh
Jauh di pandangan mataku

Semua rasa curigaku terhadapmu
Semata kerna ku takut kehilanganmu
Maka jangan coba tuk berpaling dariku
Berpaling mengkhianatiku 

by~~ST12~~




BuLaN~ a very nice song






~~JanGan TinGGaLkaN aKu~~

BuLaN CaLLaLiLy | Wednesday, May 04, 2011 |
0Comment
"Awak... Awak sayang saya tak?"
"Sayang je.. kenapa.. kita kan manusia yang saling memerlukan antara  satu sama lain..."

Atau... kita terperangkap dalam cinta ciptaan kita sendiri... tulus dan ikhlaskah ia? Lahir dari hatikah ia? Kita tak pernah punya jawapan untuk setiap persoalan itu. Kenapa aku memilih dirimu? Aku sendiri tidak tahu dan tidak pernah mengerti. Aku jua tidak mahu tahu dan tidak mahu mengerti. Yang pasti semua ini kerja Ilahi. Aku terima semuanya seadanya. Tarikh itu akan terus segar dalam ingatan aku.
Akan aku bajai ia agar terus subur. Moga aku takkan pernah melupakan 30 April dalam setiap nafas yang aku hirup, dalam setiap hari-hari yang aku lalui sama seperti sebelas tahun yang lalu. Andai ini jodoh yang Allah kirimkan..  Aku redha... Aku kan cuba menerima kekurangan dirimu andai engkau mahu menerima setiap kekurangan diriku. Kerana kita hanya insan biasa.


Untuk pertama kalinya aku menemukan kejujuran.. ketelusan.. dan ketulusan hati.. moga semuanya berkekalan dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan... walau kita tidak pernah merancang... aku percaya pada setiap ketentuan tuhan... untuk pertama kalinya sahabatku melihat aku bahagia... aku dapat merasakan kebahagian itu.. dan aku mahu terus bahagia. Akan aku ciptakan cinta dan kasih sayang pada segenap ruang... akan aku binakan sebuah ikatan yang tulus ikhlas... akan aku binakan sebuah mahligai bahagia berlandaskan kerendahan dan ketulusan hati... Duhai kasih.. Bantulah aku agar tarikh keramat yang  pernah aku lalui ini, kita jalani bersama tanpa aku mengulangi kesilapan lalu. Tanpa aku lalui jalan cerita yang sama. Walau cuacanya sama harinya berbeza. Jangan pernah kau berpaling dariku... Jangan pernah kau biarkan aku terus hanyut dengan kesalahan ku sendiri. Sambutlah tanganku... Bimbinglah aku... Bantulah aku mengubat kelukaan dihatiku ini.

Duhai kekasih.. Binalah keyakinan dalam dirimu bahwa kita akan bisa melalui jalan yang kita pilih ini. Jangan pernah kau biarkan rasa ragu bersarang dihatimu dan dihatiku. Berilah satu jawapan yang penuh dengan  keyakinan. Lafazkanlah kata keramat itu agar diriku dan dirimu tidak berpaling pada yang lain. Tidak kira siapa yang memulakan.. Jangan pernah ada yang mengakhiri. Moga kau tetap milikku dan aku tetap milikmu. Genggam erat tanganku... Hingga hujung nyawa..

September Band - Jangan Tinggalkan Aku

mungkin aku terlalu menyayangi
semua yang ada padamu
kerna kamu membuatku berarti
hinggaku tak dapat menjauh

dalam setiap langkahku
ku ingin kau disini
hingga akhir usiaku kau tetap
menjadi yang terbaik untuk diriku

Reff:
aku takut engkau tinggalkan diriku
mencoba mencari cinta
selain cinta yang ku berikan

aku takut engkau patahkan hatiku
membuatku semakin terluka
dan tak akan pernah termaafkan

BuLaN~ I  LoVe U
"sayang itu adalah satu ungkapan kata-kata.... Adalah lebih baik jika ianya diluahkan dengan apa yang perlu kita lakukan terhadap seseorang yang disayangi serta anak-anak... himpunan pengorbanan terhadapnya.... selama mana ianya bertapak... seteguh mana ianya bertahan..... pengorbanan yang tak berakhir.... hingga ke hujung nyawa..."








Powered By Blogger