~~aDuHai SaYanG~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 30, 2011 |
0Comment
Aku Iwan… siapa tak kenal aku.. semua orang kampung kenal.. anak En. Badrul antara orang yang berada dan punya nama di kampung ku. Yang paling penting, aku adalah jejaka paling kacak di kampung ku. Sebut saja Iwan.. semua anak dara di kampung Kubang Bemban kenal. Hero kampung la katakan… jadi rebutan sang dara..

Tapi bukan kisah ini yang hendak aku ceritakan. Aku hendak berkongsi tentang cerita ku di Kuala Lumpur. Pada suatu hari tu, aku mengikut sepupuku, Lokman pulang ke Kuala Lumpur selepas peperiksaan SPM tamat. Aku bercadang-cadang mahu mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Bukan sebab tak mampu. Tapi untuk menimba pengalaman.

Sepupuku menetap di Pantai Dalam. Sebulan menetap di situ aku masih belum mendapat pekerjaan.. masih mencari pekerjaan yang sesuai. Sedikit pun aku tak bimbang, sementelah semua perbelanjaan bapaku yang tanggung…. Hehehehehe

Nak dijadikan cerita.. satu malam tu aku hendak ke kedai runcit yang terletak berhampiran dengan rumah sepupuku. Aku terlihat seorang dara. Terpesona aku melihat keayuan wajahnya.Dalam hati ku berkata-kata.. ermmmm buat awek bagus nih!!! Hatiku berbunga-bunga nak berkenalan dengannya. Ku amati wajahnya, aku yakin tak pernah terlihat bayangnya di sini. Si gadis membonceng motosikal. Berbaju t-shirt merah dan berseluar track hitam. Dia tampak manja. Lelaki yang bertubuh besar, tinggi, berbaju melayu dan berkain pelikat itu, aku kira ayahnya. Ku beri salam pada ayahnya..
“Assalamualaikum pakcik”….
“Waalaikumsalam…” pakcik tu menjawab dan berlalu masuk ke kedai runcit.
Ku pandang si gadis… “hai dik..” aku menyapa.
Si gadis, memandang aku pun tidak.. apalagi menjawab teguranku.
Aku berlalu masuk ke kedai.. di perjalanan, aku bertembung dengan ayahnya.. lalu ku laungkan..
“Kirim salam kat anak ye pakcik!” Pakcik tu berlalu sambil menjawab salam.

Sombong la pulak minah ni.. dah lah tak penah nampak kat area nih. Aku panggil si gadis itu si jelita sahajalah.. memandangkan nama pun aku tak sempat nak tanya…. Aduhaiiii... Sepupuku hanya ketawa bila aku ceritakan perkara ini padanya. Cerita ini tidak habis di sini sahaja. Seminggu selepas itu, sepupuku mengajak aku menyertai gotong-royong di kawasan kejiranan. Dalam kesibukan membersih kawasan kejiranan itu aku terpandang akan si jelita. Ku tepuk bahu sepupuku dan ku tunjuk ke arah si jelita.. tiba-tiba sahaja sepupuku ketawa terbahak-bahak.. aku kehairanan…

Sekali lagi aku pulang dalam kehampaan… nama si jelita masih menjadi tanda tanya. Malam itu sepupuku memanggilku.. dengan muka merajuk aku duduk di sebelahnya. Dia pun memulakan bicara. Katanya, nama si jelita Umairah. Aku tersenyum lebar…
“tak abes lagi….” Kata sepupuku.
“ dia isteri abang Adnan, Ketua Angkatan Pemuda kawasan kejiranan ni”
Ku kerutkan muka.. “ takkan kot!!! Umairah tu nampak muda sesangat la Man! Berapa umur abang Adnan tu? Kena kawen paksa ke.. apa?”
Sepupuku ketawa .. “ hahahaha.. ade-ade jew ko ni… ko jangan tak tahu kak Umairah tu dah 26 tahun, abang Adnan tu 29 tahun”
“Biar betul!! Aku ingatkan sweet seventeen…” aku menggelengkan kepala…
Serius aku katakan si jelita yang berjaya memikat hatiku itu tampak lebih muda daripada usianya yang sebenar. Sepupuku pulak tak habis-habis memerliku.. “Aduhaiiii sayang… sekali bini orang daaaa…..kih kih kih!!!” Huh!!!!




Gratisan Musik

~~BuLaN~~ aDeYyyyhhhhh~~

No comments:

Powered By Blogger