~~HanYa SaYanG~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, May 28, 2011 |
0Comment
“Aku tahu kau sukak sama aku.. tapi kenapa kau tak cakap.. kalau aku terlepas ke tangan org laen macam mana??? Cuba kau ceritak sama aku…” kuang.. kuang.. kuang..

**************

Safiyyah merenung jauh. Memikirkan tentang kata-kata Aidil petang tadi. Bukan niatnya untuk melukakan dan mengguris hati Aidil. Semuanya sudah terlewat. Hatinya telah diserahkan kepada kekasih hati. Hatinya milik orang lain. Bukan milik Aidil. Walau Aidil tidak berterus terang, tapi Safiyyah tahu. Hati Aidil terluka. Bersemuka dengan Aidil. Hati Safiyyah berdetik. Tidak bijak untuk bersemuka dengan Aidil disaat-saat ini. Namun sesuatu perlu dijelaskan. Aidil perlu tahu isi hatinya. Safiyyah akur. Aidil pasti tidak mahu bersemuka dengannya selepas apa yang berlaku petang tadi. Yes. Safiyyah mencapai notebooknya. Email dibuka..

@@@ Kehadapan sahabatku Aidil. Terlebih dahulu aku memohon maaf andai apa yang ingin aku coretkan ini akan mengguriskan hatimu. Sesungguhnya kau perlu tahu semua ini. Andai kau tak pernah mahu memulakan, biarlah aku yang mengakhirinya. Mengakhiri semua pertelingkahan kita. Aku tidak mahu persahabatan ini sampai di sini sahaja. Sebuah ikatan persahabatan itu tidak seharusnya ada akhiran.

Aidil… kau perlu tahu bahawa lafaz cinta bagi wanita timur adalah milik lelaki… lelaki yang perlu melafazkan kata-kata pertama cinta. Tidak kisah lah bagaimana lafaz itu.. “awak.. saya suka awak..” … “awak… saya sayang awak”… “awak.. saya cintakan awak..”… “awak…nak tak kita couple”… “awak… nak kawen ngan saya tak??”. Bunyinya kelakar.. tapi inilah hakikatnya.

Namun adakalanya kalau kita sukakan seseorang... Kita perlu melafazkannya. Aku tidak menafikannya Lebih baik melafazkannya daripada menyesal kemudian hari. Walau ramai yang tidak kisah kini.. siapa yang perlu melafazkannya namun hati seorang wanita tetap sama.. masih mahu lelaki yang memulakan. Lafaz pertama tetap milik seorang lelaki.

Begitu juga aku. Lafaz itu bukan milikku. Aku wanita biasa.. yang serba kekurangan. Andai kau sudi terima seadanya aku. Andai kau sudi mencintai diriku ini bukan kerna paras dan rupa kerana aku tidak miliki semua itu. Andai kau sudi menghulur tanganmu untuk genggam erat tanganku dan takkan pernah melepaskannya. Andai kau sudi menjaga diriku dan keselamatanku seumur hidupku. Aku rela bersamamu. Aku rela menyambut tanganmu. Aku sudi menjadi kekasih hatimu. Aku redha dengan ketentuan ilahi.

Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku percaya itu. Lalu aku terima segala ketentuannya. Kau pula sering mendugaku.. walau bisa ku baca isi hatimu melalui kata-katamu.. namun, aku tak mahu membuat kesimpulan sendiri.. aku takut untuk mentafsir kata-katamu. Lalu kuserahkan hati ini pada yang sudi.. maafkan aku.. hatiku lebih dekat padanya. Sedang dirimu kian menjauh… dan kini aku bahagia disampingnya. Aku tahu kau terluka. Aku tahu kau terkilan. Namun kau perlu tahu bahawa sesuatu peluang tidak datang selalu, belajarlah untuk menerima seadanya dan bukan mencari kesempurnaan. Bagiku, cerita kita berdua umpama kisah dongeng sahaja. Dirimu enggang sedang aku pipit. Kau merak aku gagak. Aku sedar semua itu. Walau kau selalu berkata padaku dunia kini telah berbeza tapi tahukah kau bahawa isi alamnya tetap sama…

Aidil.. walau apa pun yang telah dan pernah terjadi antara kita, aku tetap sayang kamu sebagai seorang sahabat. Aku tetap akan menjadi sahabat mu yang terbaik dan akan sentiasa mendoakan kebahagianmu dunia dan akhirat.@@@

Butang 'send' ditekan. Safiyyah berdoa semoga Aidil fahami segalanya…semoga Aidil menerima Melissa yang mencintai Aidil sepenuh hatinya…

*************


~~BuLaN~~ segalanya terserah padamu..

No comments:

Powered By Blogger