~~C.I.N.T.A~~

BuLaN CaLLaLiLy | Saturday, May 28, 2011 |
0Comment
‘Cinta’ satu ungkapan yang punya pelbagai rahsia, yang kadang-kadang menjadi tanda tanya, yang melahirkan sejuta rasa. Apakah itu cinta?


Tiada satu jawapan yang pasti tentang cinta. Namun ungkapan-ungkapan cinta meniti dibibir setiap  insan tidak kira usia , pangkat, rupa dan darjat. Cinta bisa melangkaui darjat.. melangkaui masa.. melangkau usia.. melangkau zaman dan melangkau benua… di mana-mana sahaja ada cinta. Cinta sesuatu yang ‘universal’ .. sesuatu yang subjektif.. lahir dari hati, tanpa perlu ada paksaan. Malah ada yang sanggup berkorban demi kerana cinta. Korban nyawa, jiwa dan raga. Namun yang aku tahu cinta abadiku hanya milik Allah. Di sini aku kuburkan cinta abadi hanya padaMu.. sang pencipta alam. Moga kasih dan cinta ku takkan pernah padam.

Cinta duniawi.. milik insan.. cinta pada sang kekasih.. ibu dan bapa.. anak-anak.. keluarga.. cinta sesama manusia... cinta pada harta.. cinta pada dunia.. Cintaku padamu kekasih hatiku... tidakku tahu sampai bila.. sampai ke mana.. namun aku sentiasa berdoa.. agar kita saling setia… agar cinta dan kasih sayang kita akan berkekalan sehingga hujung nyawa.

Sayang, aku amat menyayangi dirimu dan aku tidak sanggup kehilangan dirimu.. aku amat berharap agar kau setia disampingku.. akanku cuba membahagiakanmu… tahukah kau sayang, saat kau menerima cintaku ingin rasanya ku perkhabarkan pada dunia bahwasanya kau milikku.. agar tiada sesiapapun cuba mendekatimu. Ingin ku tuliskan diruangan-ruangan akhbar kau lah cinta hatiku.. Ingin ku laungkan di persisiran pantai.. ingin ku jeritkan aku cinta padamu… inginku beritahu pada semua isi hatiku.. aku begitu bangga dapat memiliki hatimu dan dirimu.

Sedaya mampu aku cuba membahagiakanmu.. senyuman dibibirmu penguat semangatku meneruskan perjalanan hidup ini. Aku bahagia kini. Aku jua harap kau bahagia. Kerna kau dan cahaya mata kita adalah segala-galanya bagiku. Bila teringat kisah-kisah lalu.. aku tersenyun sendirian.. sesekali ingin ku ulangai peristiwa-peristiwa lalu. Kita berdua.. berjalan-jalan di persisiran pantai melihat matahari terbenam.. menunggang motosikal bersama.. kala aku dengan perangai nakalku, kau cubit pehaku.. bahagianya kita saat itu sayang... Namun aku pasti kita lebih bahagia kini.. dengan keluarga yang lebih besar.. onak dan duri telah kita lalui bersama.. pahit manis , suka duka kehidupan telah mematangkan kita. Semuanya telah menjadi pelangi yang mewarnai kehidupan kita.

Sayang, aku ingin memohon maaf andai gurauanku selama ini mengecilkan hatimu… kadang-kadang aku suka melihat kau tersipu malu.. aku suka melihat rajukmu.. dan aku paling suka melihat kau tersenyum dan ketawa. Bagiku, hidup tanpa senda gurau takkan ceria... hubungan tanpa tawa dan senyuman akan hambar... ‘laugh and smile coloured our life... it's a rainbow in our life...’ ia mengeratkan dan penguatkan hubungan kita... dan perasaan marah akan hilang bila kita teringat akan gurau senda kita.

Sayang, aku ingin buktikan segala-galanya. Namun aku tak berdaya menggapai bintang dilangit tinggi.. tak mampu memintal buih... tak punya kuasa menghadiahkan permata  dasar laut  sebagai tanda cintaku padamu. Kerana aku hanya insan biasa… Akanku laksanakan yang termampu. Aku mahu kau tahu betapa aku amat mencintai dan menyayangimu. Aku mahu kau melihat, mendengar dan merasai kasih sayang serta cintaku. Sesungguhnya kau lah segalanya bagiku.

Walau apa pun terjadi, aku amat berharap kau terima seadanya... redha dengan ketentuanNya.... Kerana kita telah ditakdirkan bersama…. Dan ketahuilah sayang bahawa… Hanya Allah s.w.t. yang tahu kenapa dan mengapa sesuatu hubungan itu terjalin... padanya ada rahsia, nikmat dan hikmah.... Terima kasih sayang, atas segala pengorbananmu..


~~BuLaN~~ semoga sahabat ku ini bahagia selamanya  
disamping isteri tercinta dan anak-anak.. 
~nukilan ini khas untukmu wahai sahabatku~

No comments:

Powered By Blogger