~~BLueBeRRy CHeeSe TarT~~

BuLaN CaLLaLiLy | Monday, May 30, 2011 |
0Comment


PasTri

Bahan-bahan;
250g tepung gandum
1 camca besar gula kastor
secubit garam
125g mentega
1 biji telur
1-2 camca susu segar

Kaedah menyediakan;
Tepung diayak  bersama dengan garam. Gaul serta ramas tepung dangan mntega hingga menyerupai serbuk roti. Masukkan telur, gula kastor dan susu. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh setengah jam sebelum dibakar dalam loyang yang dikehendaki. Pastri ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis tart.

FiLLinG

Bahan-bahan;
250g Cream Cheese 
(Tatura lebih sedap)
120g mentega
1/2 cawan gula ising
1 sudu teh kecil perahan lemon 
(limau kasturi/oren sunquick pun boleh digunakan)
Blueberry filling secukupnya

Kaedah membuat tart;
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. (kecuali blueberry filling). Dengan menggunakan whisker, putar hingga craemy. Paipkan adunan ini kedalam pastri yang telah disediakan dan diletakkan sedikit blueberry filling. Bakar selama 5 minit pada suhu 150'C sehingga bahagian atas agak kekuningan. Angkat dan hidangkan.




Gratisan Musik

~~BuLaN~~nYum..nYum..  my favourate~

No comments:

Powered By Blogger