TIP BELI KERETA

BuLaN CaLLaLiLy | Friday, February 21, 2014 |
0Comment

Membeli sebuah kereta, tak sama macam beli ikan kat pasar.. rasanya ikan beku lagi cantik.. tapi xsedap la.. nak fresh.. tangkap sendiri.. kalau kereta.. mustahil la nak buat sendiri.. sedangkan kereta sorong pun kita p beli kat hardware.. kan..

Tapi dalam dunia hari ini ramai penipunya daripada yang jujur. harapkan kata-kata.. 'tuan/puan jangan bimbang.. saya ikhlas nak bantu tuan/puan.. saya pun nak bagi anak bini makan.. takkan la saya nak tipu tuan/puan.. berdosa saya makan duit haram ni. neraka tempat saya..' manisnya kata-kata kan.. lastly.. batang hidung pun xnampak.. call tak dapat-dapat. konon-konon jujur dan ikhlas.. satu lagi sebab nak tolong bangsa sendiri.. bagi la kat dia buat semua.. (hehehe.. cakap je pandai.. aku pun terkena gak.. dah nasib)

dan.. atas dasar tanggungjawab sosial maka.. tip-tip nak beli kereta ni pun ditaiplah.. untuk tatapan yang menatap. tip ini diperolehi daripada seorang rakan yang juga jurujual kereta.. (silalah membaca seterusnya.. terima kasih.)

1- terus ke showroom jika kita tak kenal sales person tersebut.. minta appointment dibuat di showroom.
2- bila loan dah lulus, pastikan tandatangan perjanjian jual beli dengan bank.. di bank itu sendiri dan disaksikan oleh pegawai bank. minta pegawai bank itu terangkan kesemuanya sampai kita paham. pinjaman kita bukan sedikit dan ambil masa 9 tahun untuk dilunaskan.. (maximum)
 3- jika ada sebarang promosi dapatkan maklumat daripada laman web atau call centre. kalau kereta proton, refer terus pada proton we care di talian 1-300-880-888 untuk dapatkan lebih penerangan. (jenama lain.. mohon google sendiri)
4- pastikan pengiraan harga kereta, loan dan down payment selari. jangan over excited untuk dapat kereta. dalam situasi ini ramai yang akan terkena.
5- tiada caj dikenakan untuk penghantaran dan pendaftaran. ini kerana semuanya telah termasuk dalam harga on the road kereta tersebut . untuk kereta 2nd atau reckon memang lain sedikit.
6- jika beli nombor tertentu di JPJ, hanya perlu bayar RM210 + RM50 (untuk runner charge). ini harga yang reasonable. Untuk nombor tender, tiada bayaran dibuat kepada jurujual. Semuanya direct dengan JPJ.

Pesanan Penting : jangan sign agreement kosong, jangan percaya bulat-bulat pada jurujual.

*semua info ni dia beri sebab tak nak market rosak disebabkan oleh penipuan yang dibuat oleh segelintir jurujual. polis pun tak boleh buat apa-apa jika perkara ini berlaku.

~CiK BuLaN~ orang kata biasa yang kena tipu tu perempuan.. kenapa? sebab baik hati~

No comments:

Powered By Blogger