POLIGAMI YANG SENSITIF

BuLaN CaLLaLiLy | Thursday, February 20, 2014 |
0Comment


Lama sudah tidak menulis.. keinginan selalu ada, namun kekangan tugas seharian membataskannya. Idea pun menjadi bantut dan pudar begitu sahaja.

Namun isu kali ini betul-betul menarik  minatku untuk mencuri sedikit waktu yang ada untuk menulis dan menyampaikan cerita yang ada berlaku di sekeliling kita di mana kadang kala timbul persoalan.. betul ke ada? Inilah kisah dan isu yang ingin dikongsi bersama.

KISAH 1
Nama saya Nur, berusia lewat 30-an dan seorang ibu tunggal. Poligami? Isu yang sangat sensitif. Dari dahulu hingga kini. Kenapa isu ini? Nak tahu sesuatu...Baru-baru ini saya telah dirisik… ermmm macam dipinang pun ada juga.. rasa macam kelakar la pulak.. hingga buat saya tersenyum sendiri. Saya dirisik untuk dirinya..tapi dengan satu persoalan.. Adakah saya boleh hidup bermadu? Si dia hanya ada satu permintaan sahaja, iaitu ingin punya dua orang isteri. Dua je… tiga tak nak.. empat pun tak nak… baginya dia perlu jujur.. tidak mahu berkahwin dua secara sembunyi-sembunyi.. kerana ini akan menimbulkan masalah pada dirinya. Katanya lagi, ini bukan soal nafsu tapi membantu ibu tunggal. Di samping itu menjimatkan perbelanjaan, saling bantu membantu dalam membina kehidupan baru yang lebih baik dan menjadi teman bual.
Pendapat ini bagi saya logik. Ada benarnya. Dalam dunia yang serba mencabar ini dan segalanya memerlukan wang ringgit ini merupakan satu hubungan partnership. Mengapa? Kerana dalam perbualan antara saya dan si dia, dia menyatakan hasrat untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan kemahiran yang ada. Bersatu, bekerjasama dan berniaga bagi menambahkan pendapatan untuk menyara keluarga dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Alasan yang boleh diterima. Namun segalanya kuasa Allah s.w.t…. jodoh…. ajal maut.. adalah kehendakNYA.

KISAH 2
                Saya Siti. Apa?!!!! Bermadu?!!! Kalau itu yang si dia mahu, jangan hubungi saya lagi! Belum kahwin dah minta izin. Apalagi bila sudah hidup bersama. Walaupun saya ni pernah mendirikan rumahtangga, tak bermakna si dia boleh memadukan saya.

Hurmmm.. ini baru dua pendapat.. takut sebenarnya nak mengajukan soalan bagi isu ini.. sensitif.. kebanyakannya tidak rela hidup bermadu baik yang berstatus bujang mahupun ibu tunggal (janda).


~CiK BuLaN ~ No koMeN~

No comments:

Powered By Blogger